RELEVANSI PEMBANGUNAN KENDIRI DALAM PEMANTAPAN KERJAYA AHLI AKADEMIK EKSPATRIAT DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
Abstract
Kehadiran kakitangan antarabangsa atau akademik ekspatriat berdikari dalam dunia pendidikan tinggi rentas sempadan pada masa kini sememangnya satu isu global yang mendatangkan kebaikan kepada perkembangan ilmu pendidikan tinggi sedunia. Keputusan yang diambil oleh akademik ekspatriat berdikari untuk datang ke negara tuan rumah bagi meneruskan kerjaya sebagai ahli akademik sememangnya akan mendatangkan implikasi berguna keatas kerjaya yang mereka lakukan. Menerusi temu bual mendalam berlandaskan pendekatan kualitatif yang diguna pakai ke atas tiga puluh (30) responden yang dipilih secara sukarela di tiga (3) buah IPTA, objektif kajian ini ingin mengetahui implikasi ke atas pembangunan kendiri terhadap kerjaya sebagai ahli akademik ekspatriat berdikari yang berkhidmat di negara tuan rumah. Dari dapatan yang diterima hasil dari temu bual yang dijalankan, implikasi ke atas pembangunan kendiri dari segi kerjaya yang dapat dilihat adalah (I) Kenaikan Pangkat, (II) Pendapatan Lumayan, (III) Keamanan di Malaysia dan (IV) Keharmonian di Tempat Kerja. Dari setiap dapatan yang dinyatakan oleh responden yang terlibat ia telah membuktikan bahawa keputusan yang diambil oleh akademik ekspatriat berdikari untuk datang berekspatriasi ke negara tuan rumah dalam meneruskan kerjaya sebagai ahli akademik telah memberi implikasi positif yang secara tidak langsung mendatangkan keuntungan buat diri mereka. Implikasi ke atas pembangunan kendiri terhadap kerjaya sebagai akademik ekspatriat berdikari ini juga mampu membawa kepada pengekalan sumber manusia akademik ekspatriat berdikari yang mana dapat mengurangkan kadar pusing ganti tenaga kerja dalam sesebuah organisasi seperti ahli akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd Sohaimi Esa, Mohd Azri Ibrahim, Budi Anto Mohd Tamring, & Mohd Kamal Mohd Shah. (2024). RELEVANSI PEMBANGUNAN KENDIRI DALAM PEMANTAPAN KERJAYA AHLI AKADEMIK EKSPATRIAT DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3220
Issue
Section
Articles