KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN DI SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) SEJAK AWAL PENUBUHAN SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA 1922-1941

Authors

  • Khairul Ghufran Kaspin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohamad Basri Jamal Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Muhammad Hasbi Abdul Rahman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Habibah @ Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai kurikulum yang disediakan oleh Sultan Idris Training College (SITC) kepada guru-guru pelatihnya sejak awal penubuhannya pada tahun 1922 hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Selain itu, artikel ini juga membincangkan mengenai kesan kurikulum tersebut terhadap guru-guru pelatih lepasan SITC. Objektif penulisan ini ialah meneliti kurikulum dan mata-mata pelajaran yang diajarkan kepada guru pelatih dalam usaha memberi ilmu perguruan khususnya kepada masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu berdasarkan sumber kepustakaan dengan menumpukan kepada Annual Report dan Memorandum yang berkaitan dengan SITC sebagai sumber primer. Hasil kajian ini mendapati bahawa kurikulum yang diajarkan kepada guru-guru pelatih di SITC adalah bersifat memberi kesinambungan tentang asas kehidupan di kampung yang lebih baik. Namun, ia diimbangi juga dengan kurikulum-kurikulum yang bersifat akademik dalam bilik darjah sebagai persediaan menjadi seorang guru kelak. Di samping itu, kajian juga mendapati kurikulum di SITC telah memberi kesan yang signifikan kepada guru-guru pelatih dan ia telah jauh melangkaui apa yang dirancang oleh penjajah British.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Khairul Ghufran Kaspin, Mohamad Basri Jamal, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Mazdi Marzuki, & Habibah @ Artini Ramlie. (2024). KURIKULUM LATIHAN PERGURUAN DI SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) SEJAK AWAL PENUBUHAN SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA 1922-1941 . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3255