PENGAJARAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS) DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN KRITIS: PENELITIAN TERHADAP MODUL KURSUS FIS DI PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Syamsul Azizul Marinsah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Abang Mohd. Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd. Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Habibah @ Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan salah satu kursus generik yang wajib diambil oleh para mahasiwa di seluruh IPT Malaysia bermula pada sesi pengambilan 2019/2020. Modul FIS dibangunkan dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan para mahasiswa agar mampu berfikir secara kritis dan integral dalam menanggapi pelbagai cabaran pemikiran yang berkait dengan isu-isu semasa. Pemikiran kritis merupakan elemen penting yang perlu diterapkan dalam kurikulum pengajian di semua peringkat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen pembentukan pemikiran kritis dalam modul pengajian kursus FIS yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini termasuk dalam penelitian kualitatif. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen yang terdiri daripada modul FIS, jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan pemikiran kritis. Hasil kajian mendapati, wujud beberapa elemen kemahiran dan sub kemahiran yang mampu menyumbang ke arah pembentukan dan penerapan pemikiran kritis dalam modul pengajian kursus FIS yang ditawarkan di UMS. Dengan mempelajari kursus ini, diharapkan penghargaan pelajar terhadap kursus ini terus meningkat, dan dapat membantu dalam proses pembentukan pemikiran kritis yang selari dengan hala tuju sistem pendidikan negara iaitu pendidikan berteraskan nilai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Syamsul Azizul Marinsah, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Mohd. Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Habibah @ Artini Ramlie, Saifulazry Mokhtar, & Muhammad Safuan Yusoff. (2024). PENGAJARAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS) DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN KRITIS: PENELITIAN TERHADAP MODUL KURSUS FIS DI PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3257