EVOLUSI KURSUS TERAS UNIVERSITI: DARI SEJARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA KE PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Authors

  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Kamal Mohd Shah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah
  • Habibah Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Abang Mohd. Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti. Pelajar wajib mengambil dan wajib lulus kursus ini. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), salah satu kursus teras universiti adalah kursus Sejarah Pembentukan Bangsa Malaysia yang diwujudkan selari dengan penubuhan UMS pada tahun 1994. Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) kepada pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di UMS. Pada tahun 2004, kursus ini diubah namanya menjadi kursus Sejarah Pembentukan Nasion Malaysia dan seterusnya digantikan dengan kursus baharu iaitu Hubungan Etnik pada tahun 2008. Seterusnya, kursus teras ini diubah lagi dengan nama baharu iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban pada tahun 2020. Kertas kerja ini membincangkan tentang evolusi kursus teras tersebut dengan menumpukan kepada aspek sinopsis, objektif dan kandungan ketiga-tiga kursus ini, serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah perbincangan pula dibuat secara deskriptif naratif dan deskriptif analitikal dengan menganalisis teks berasaskan sumber primer dan sekunder, serta bersandarkan pengalaman dan pemerhatian penulis dalam mengendalikan kursus teras tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa kursus teras universiti bersifat dinamik dan anjal, serta seiring dengan kehendak dan keperluan semasa sebagai usaha memenuhi komponen kenegaraan Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Mohd Kamal Mohd Shah, Muhammad Safuan Yusoff, Habibah Artini Ramlie, & Abang Mohd. Razif Abang Muis. (2024). EVOLUSI KURSUS TERAS UNIVERSITI: DARI SEJARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA KE PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3259