TAHAP GAYA PENGURUSAN KONFLIK DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH BACHOK

Authors

  • Mohd Faiz Mohd Yaakob School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Noraida Mustapai School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Wan Rosni Wan Yakob School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Tuan Roslina Tuan Mat School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Konflik interpersonal merupakan satu fenomena yang sangat biasa terjadi dan tidak dapat dielakkan dalam mana-mana organisasi termasuk sekolah. Maka, perkara ini memerlukan kepada satu pendekatan untuk memastikan keberkesanan organisasi secara berterusan. Perkara ini juga secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi komitmen guru-guru di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap gaya pengurusan konflik guru khususnya di sekolah menengah harian di daerah Bachok, Kelantan. Sejumlah 173 orang guru dari lima buah sekolah daerah Bachok di Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan tahap setiap dimensi pengurusan konflik adalah berada pada tahap tinggi. Manakala tahap setiap dimensi komitmen guru turut berada pada tahap tinggi. Di samping itu, keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pengurusan konflik berdasarkan jantina, umur, pengalaman mengajar dan taraf pendidikan. Pendedahan melalui latihan, kursus, bengkel dan seminar pengendalian konflik yang berkesan dan konstruktif diperlukan untuk meningkatkan komitmen guru ke arah mencemerlangkan lagi bidang pendidikan masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Faiz Mohd Yaakob, Noraida Mustapai, Wan Rosni Wan Yakob, & Tuan Roslina Tuan Mat. (2024). TAHAP GAYA PENGURUSAN KONFLIK DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH BACHOK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3314