HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL DENGAN KEBERKESANAN SEKOLAH DI SEKOLAH-SEKOLAH TS25 DAERAH GUA MUSANG KELANTAN

Authors

  • Mohd Zainuddin Zakaria Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
  • Siti Noor Ismail Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education, School of Education, Universiti Utara Mala
  • Yahya Don School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Wan Rosni Wan Yakob Department of Haematology, Transfusion Medicine Unit, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap keberkesanan sekolah di sekolah TS25 dalam Daerah Gua Musang, Kelantan. Selain itu, kajian ini juga berusaha untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah terlibat, iaitu kepimpinan transformasional dan keberkesanan sekolah. Rekabentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan rentasan ini melibatkan dua jenis instrumen yang terlibat, iaitu instrumen kepimpinan Transformasional oleh Leithwood dan Jantzi (1999) dan instrumen keberkesanan sekolah yang diadaptasi dari kajian Lazaridou dan Iordanidis (2011. Persampelan kajian melibatkan empat buah sekolah menengah TS25 dengan seramai 162 orang responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap keberkesanan sekolah berada pada tahap tinggi, masing-masing dengan nilai (M = 4.17, SP = .604) dan (M = 4.19, SP = .613). Manakala analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya hubungan yang sangat kuat dan ianya signifikan (r=.89, p<.01) antara kedua-dua pembolehubah terlibat, iaitu kepimpinan transformasional dan keberkesanan sekolah. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan oleh pihak terlibat, khasnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan ciri-ciri kepimpinan berprestasi tinggi dalam kalangan pentadbir sekolah ke arah meningkatkan keberkesanan sekolah melalui program-program profesionalisme.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Zainuddin Zakaria, Siti Noor Ismail, Yahya Don, & Wan Rosni Wan Yakob. (2024). HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL DENGAN KEBERKESANAN SEKOLAH DI SEKOLAH-SEKOLAH TS25 DAERAH GUA MUSANG KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3327