IMPLEMENTASI PEMERIKSAAN KEBOLEHGUNAAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENILAIAN PAKAR DALAM FASA PENILAIAN MODUL ROBOT M-SOLAT
Abstract
Fasa penilaian merupakan salah satu fasa penting dalam kajian Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan dalam fasa ini, namun demikian pengkaji perlu memilih kaedah yang bersesuaian bagi memastikan objektif kajian tercapai. Sehubungan itu, kajian ini mengimplementasikan penilaian pemeriksaan kebolehgunaan Modul Robot M-Solat menggunakan kaedah penilaian panel pakar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan Borang Soal Selidik USE yang dianalisis menggunakan Kaedah ‘Percentaged Calculation Method (PCM)’. Hasil kajian menunjukkan kebolehgunaan Modul Robot M-Solat dari aspek kebergunaan = 90.2%, kemudahgunaan = 88.4%, kemudahpelajaran = 90.1% dan kepuasan =91.7%. Penilaian pemeriksaan kebolehgunaan menggunakan kaedah penilaian panel pakar dalam kajian ini membolehkan objektif kajian tercapai. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kepada pengkaji akan datang untuk menggunakan kaedah penilaian pakar dalam penilaian pemeriksaan kebolehgunaan bagi kajian yang melibatkan penilaian pemeriksaan kebolehgunaan sesuatu inovasi baru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif, Muhamad Suhaimi Taat, Mad Nor Madjapuni, & Muralindran Mariappan. (2024). IMPLEMENTASI PEMERIKSAAN KEBOLEHGUNAAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENILAIAN PAKAR DALAM FASA PENILAIAN MODUL ROBOT M-SOLAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3403
Issue
Section
Articles