PENGARUH INTERNET DALAM PELAKSANAAN E-PEMBELAJARAN KE ATAS PEMBINAAN SAHSIAH MURID

Authors

  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
  • Nur Eliza Mohd Noor Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
  • Yusmini Md Yusoff Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia

Abstract

Pembelajaran secara dalam talian atau e-pembelajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet untuk mengakses bahan pembelajaran dan berinteraksi dengan kandungan, pendidik, dan juga murid yang lain. Ia juga bertujuan untuk menimba ilmu serta mendapatkan sokongan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Takrifan ini memberi penekanan kepada penggunaan internet dan interaksi dalam pembelajaran jarak jauh atau e-pembelajaran. Analisis terhadap kajian lepas menunjukkan bahawa pengaruh internet ke atas pembentukan sahsiah remaja pada masa kini amat membimbangkan kerana mereka menghabiskan masa yang lama untuk melayari internet atas alasan pembelajaran. Perubahan yang berlaku dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan sepenuhnya internet untuk berhubung, berinteraksi dan berkongsi bahan pembelajaran pada masa kini akibat pandemik Covid-19 harus diterima dari sudut yang positif walaupun ia juga memberi impak yang negatif ke atas pembinaan sahsiah murid. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan berbentuk konseptual bertujuan untuk membincangkan pengaruh penggunaan internet dalam pelaksanaan e-pembelajaran. Beberapa isu yang timbul seperti kesan penggunaan internet yang berlebihan ke atas murid dan kurangnya kawalan serta pantauan daripada guru serta ibu bapa turut dibincangkan. Justeru, kajian ini dapat memberikan beberapa cadangan bagaimana untuk mengatasi penyalahgunaan internet semasa pelaksanaan e-pembelajaran terutama dalam kalangan murid di peringkat rendah. Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak kajian yang memfokuskan tentang pelaksanaan e-pembelajaran dengan menggunakan sampel yang lebih besar terdiri daripada guru-guru di peringkat sekolah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Nur Eliza Mohd Noor, & Yusmini Md Yusoff. (2024). PENGARUH INTERNET DALAM PELAKSANAAN E-PEMBELAJARAN KE ATAS PEMBINAAN SAHSIAH MURID. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3407