MODEL PENGUKURAN KEPIMPINAN AUTENTIK DAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH PINGGIR BANDAR

Authors

  • Mohammad Zainuddin Mat Zaid Beladau Kolam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Malaysia
  • Mat Rahimi Yusof School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohd Isha Awang School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kepimpinan autentik merupakan salah satu bidang yang dibahas dalam literatur kepemimpinan moden sejak kebelakangan ini oleh penyelidik dan pengamal. Namun begitu, isu aliran peningkatan persaraan awal dalam kalangan guru telah menyebabkan gangguan kepada perancangan polisi pendidikan. Hal ini berlaku berikutan perubahan corak kepimpinan turut mendorong hasrat persaraan awal. Justeru itu, kajian kuantitatif secara tinjauan rentasan ini adalah bertujuan untuk menganalisis dimensi kepimpinan autentik dan kepuasan kerja guru di sekolah rendah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Selain itu, pengaruh antara kepimpinan autentik dan kepuasan kerja guru turut menjadi objektif kajian ini. Bagi mengumpul data kajian, instrumen kajian diadaptasi daripada kajian lepas diedarkan secara dalam talian kepada 289 orang guru yang dipilih secara rawak melalui teknik pensampelan rawak berlapis. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan perisian AMOS. Hasil dapatan CFA menunjukkan empat dimensi dan 12 tingkah laku dalam kepimpinan autentik serta 15 tingkah laku bagi kepuasan kerja guru diterima dan disahkan. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati kepimpinan autentik mempengaruhi kepuasan kerja guru pada kadar 34.4%. Akhir sekali, kajian ini berjaya membangunkan model pengukuran kepimpinan autentik dan kepuasan kerja guru. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada kemajuan amalan gaya kepimpinan guru besar yang supaya memberi kepuasan kerja yang optimum kepada para guru di sekolah rendah pinggir bandar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohammad Zainuddin Mat Zaid, Mat Rahimi Yusof, & Mohd Isha Awang. (2024). MODEL PENGUKURAN KEPIMPINAN AUTENTIK DAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH PINGGIR BANDAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3452