PENGETAHUAN BERKAITAN HAID DAN ISTIHADHAH DI KALANGAN GURU ISLAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA TERPILIH DI SARAWAK

Authors

  • Siti Asmah Khalid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UITM), Malaysia
  • Abdul Razak Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UITM), Malaysia
  • Nurul Azhar Ahmad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UITM), Malaysia

Abstract

Kajian berkaitan darah haid dan istihadhah adalah perbahasan yang paling sukar dan sering dipersoalkan oleh kaum wania. Sehingga kini,ramai yang keliru dalam memahaminya. Walaupun isu ini seringkali dibentangkan dalam pelbagai simposium, bengkel dan ceramah namun masih ramai dalam kalangan muslimah yang kurang memahami kaedah dan cara mengenalpasti perbezaan daripada sudut ciri, warna, tempoh masa dan pelbagai isu yang dikaitkan dengannya. Sekiranya permasalahan ini tidak diselesaikan maka mendorong kepada kekeliruan terus berpanjangan . Kajian ini dijalankan dalam kalangan Guru Islam (GI) di SK(A) Datuk Hj Abdul Kadir Hassan, Kuching Sarawak.Tenaga pengajar telah dipilih sebagai responden. Objektif kajian adalah untuk i) mengenalpasti secara terperinci tahap pengetahuan dalam pendidikan haid dan istihadhah menurut Mazhab Syafie, ii)mengkaji perbezaan haid dan istihadhah melalui sifat,warna dan tempoh keluar haid, tempoh antara dua haid dan tempoh suci .iii) mengenalpasti keyakinan terhadap ibadah Guru Islam di sekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kaedah kuantitatif. Alat yang digunakan untuk memperolehi data ialah secara soal selidik.Bagi metod pengumpulan data kajian pustaka penulis menggunakan kitab-kitab turath yang muktabar dan dikukuhkan dengan jurnal penyelidikan dan kajian lepas.Bagi tujuan penganalisaan data penulis menggunakan aplikasi SPSS.Dapatan kajian memenuhi ketiga tiga objektif yang telah digariskan dalam kajian..Rumusan kajian tahap pengetahuan dalam pendidikan haid dan istihadhah menurut Mazhab Syafie bagi Guru Islam di sekolah mencapai tahap cemerlang.Mereka dapat mengenal perbezaan haid dan istihadhah melalui sifat,warna dan tempoh keluar haid,tempoh antara dua haid dan tempoh suci dan persepsi kepada keyakinan ibadah guru sangat tinggi. Cadangan penambahbaikan telah dinyatakan dalam kajian ini untuk membantu Guru Islam meningkatkan pemahaman dalam tajuk ini. Kajian menunjukkan bahawa pendidikan haid dan istihadhah terutama kepada guru pendidikan Islam kursusnya dan Guru Islam amnya amat penting kerana mereka sebagai agen dalam memberikan kefahaman kepada murid dan masyarakat.Pihak berkaitan juga perlu menyediakan satu kurikulum kursus secara mendalam dan seharusnya didedahkan di peringkat seawal sekolah rendah lagi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Asmah Khalid, Abdul Razak Abdul Kadir, & Nurul Azhar Ahmad. (2024). PENGETAHUAN BERKAITAN HAID DAN ISTIHADHAH DI KALANGAN GURU ISLAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA TERPILIH DI SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3471