CARA PELAJAR LEPASAN MENENGAH MEWAKILKAN PENGAMIRAN TENTU
Abstract
Masalah pemahaman pelajar dalam pembelajaran pengamiran tentu menjadi salah satu isu utama dalam kalkulus. Beberapa halangan kognitif telah diketahui yang mana menyebabkan masalah pelajar ketika pembelajaran untuk kali pertama mengenai fungsi tunggal pengamiran. Perbincangan artikel ini menggunakan teori konstruktivisme radikal sebagai landasan teori dan hanya bertumpukan kepada subskonstruk kedua bagi konsep pemahaman yang dikemukakan kepada pelajar iaitu cara pelajar lepasan menengah melakukan perwakilan tentang pengamiran tentu. Kajian kes merupakan reka bentuk bagi kajian ini. Kaedah pemilihan peserta kajian adalah dengan cara persampelan bertujuan, iaitu memilih enam peserta kajian yang terdiri dalam kalangan pelajar diploma semester kedua di institusi pengajian tinggi teknikal, terutamanya mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan teknikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mewakilkan pengamiran tentu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu perwakilan secara grafik, perwakilan secara berangka, dan perwakilan secara skematik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurhayani Romeo, Roselah Osman, & Syarifah Yunus. (2024). CARA PELAJAR LEPASAN MENENGAH MEWAKILKAN PENGAMIRAN TENTU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3653
Issue
Section
Articles