PENGARUH NIAT TERHADAP TINGKAH LAKU PRO ALAM SEKITAR KITAR SEMULA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Authors

  • Mohd Haszami Mat Zaini Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohammad Tahir Mapa Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Pengurusan sisa pepejal yang kurang cekap akan menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang akhirnya menjejaskan kualiti hidup manusia. Kitar semula dikatakan sebagai salah satu jalan penyelesaian yang terbaik kepada masalah tersebut, namun penyertaan dalam aktiviti kitar semula masih rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh faktor niat dan tiga dimensinya iaitu sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku yang dirasakan terhadap amalan tingkah laku pro alam sekitar atau Pro-Environment Behavior (PEB) kitar semula dengan menggunakan Theory of Planned Behavior (TPB). Kajian ini dilaksanakan terhadap 259 pelajar yang dipilih secara rawak mudah dari tujuh buah pusat tingkatan enam dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua jantina mencapai skor dalam kategori tinggi bagi pemboleh ubah niat dan amalan PEB Kitar Semula. Tahap niat dan PEB kitar semula pula berada pada tahap tinggi. Hasil analisis mendapati pemboleh ubah niat memberikan pengaruh yang signifikan kepada amalan PEB kitar semula namun pada tahap sederhana. Didapati pengaruh dimensi niat iaitu sikap terhadap PEB kitar semula adalah pada .075, iaitu tidak signifikan (sig. F = p<0.05), namun dimensi norma subjek dan tingkah laku yang dirasakan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap PEB kitar semula iaitu masing-masing pada p=.006 dan .000. Hasil kajian ini diharap dapat menjana idea dan cadangan untuk meningkatkan amalan tingkah laku pro alam sekitar yang menyokong kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Haszami Mat Zaini, & Mohammad Tahir Mapa. (2024). PENGARUH NIAT TERHADAP TINGKAH LAKU PRO ALAM SEKITAR KITAR SEMULA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3705