PENGGUNAAN ANIMASI KARTUN DALAM PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN FAKTA BAHASA TAMIL
THE USE OF CARTOON ANIMATION IN LEARNING TAMIL LANGUAGE FACT ESSAY WRITING
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.956018Keywords:
Penulisan Karangan (Writing Essay), Animasi Kartun (Animation Cartoon)Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan animasi kartun dalam pembelajaran penulisan karangan fakta Bahasa Tamil murid tahun empat. Kajian ini berfokuskan kepada murid tahun empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mencapai tiga objektif khusus. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dan analisis skor markah. Sampel kajian terdiri daripada 64 orang murid tahun empat di salah sebuah sekolah di dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Murid bagi kumpulan kawalan ialah 31 orang, manakala murid kumpulan rawatan ialah 33 orang. Pengkaji bersama seorang guru juga dipilih sebagai sampel untuk penilaian pencapaian karangan. Huraian data bagi kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Huraian data deskriptif bagi reka bentuk kajian kuantitatif adalah dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Bagi reka bentuk kualitatif pula dihuraikan secara tematik, iaitu berasaskan kriteria penskoran karangan. Dapatan kajian berdasarkan kuasi-eksperimen menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan pasca penulisan karangan fakta Bahasa Tamil. Data kualitatif pula memaparkan bahawa murid cemerlang dalam penulisan karangan adalah lebih ramai dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan kajian diperolehi daripada analisis deskriptif. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa penulisan karangan meningkat dari segi pencapaian dan kualiti karangan fakta Bahasa Tamil berdasarkan Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan animasi kartun banyak membantu murid dalam peningkatan pencapaian dan kualiti karangan fakta. Daripada kajian ini, diharapkan supaya dapat membantu guru dan dijadikan asas ke arah pembangunan kaedah lain bagi semua topik dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Justeru, dicadangkan supaya pihak yang terlibat dalam kementerian Pendidikan Malaysia mengguna pakai kaedah animasi kartun ini untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan fakta di sekolah rendah.
This study was conducted to identify the effects of using cartoon animation in learning and writing factual essays in Tamil for year four students. This study focuses on year four students. This study uses a mixed method, which is quantitative and qualitative to achieve three specific objectives. This study uses quasi-experimental methods and score analysis. The samples of this study consisted of 64 year four students in one of the schools in Seremban District, Negeri Sembilan. Control group consists of 31 students, while the students of the treatment group are 33 students. The researcher together with a teacher was selected as a sample for the assessment. The description of this research data is divided into two, namely, descriptive and inferential analysis. The data description in the quantitative research method is by using mean and standard deviation. As for qualitative method, it is explained thematically, which is based on essay scoring criteria. The findings of the quasi-experimental study showed that there was a significant difference between the pre-test and the post-test of tamil factual essay writing. The findings of the study were obtained from descriptive analysis. The implications of this study is that student’s factual essay writing has increased in terms of the achievement and quality based on Part B scoring Criteria of the Malaysian examinations Board. This clearly demonstrates that the cartoon animation greatly assist students in improving the achievement and quality of factual essay writing. This study is expected to assist in the development of techniques for all the topics in Tamil Language subject. Hence, it is proposed that the ministry of education adopt this technique based on the cartoon animation approach in the teaching and learning of factual writing in primary schools.