IMPAK PENGGUNAAN TIKTOK DAN PERUBAHAN SOSIAL REMAJA DI MALAYSIA

THE IMPACT OF TIKTOK USAGE AND SOCIAL CHANGES AMONG ADOLESCENTS IN MALAYSIA

Authors

  • Suhaila Ngadiron Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Sharifah Sofiah Syed Zanudin Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057009

Keywords:

Ketagihan (Addiction), Media Sosial (Social Media), Penggunaan TikTok (TikTok Usage), Perubahan Sosial (Social Changes), Remaja (Adolescents)

Abstract

Penggunaan aplikasi TikTok kini digunakan secara meluas di Malaysia. Dengan mengetengahkan konsep hiburan yang mudah diterapkan kepada golongan ramai khususnya remaja, TikTok telah menjadi salah satu media sosial yang semakin popular di Malaysia. Mempunyai bahan "aliran tanpa henti", remaja cenderung menghabiskan banyak masa dan terdedah kepada ketagih menonton video di TikTok. Malah, didapati ramai remaja berumur cenderung menghabiskan masa di rumah hanya untuk melayari TikTok pada setiap hari. Penggunaan TikTok secara berlebihan sehingga menyebabkan ketagihan terutamanya dalam kalangan remaja begitu membimbangkan. Penggunaan secara meluas dan tanpa kawalan ini bukan sahaja memberi kesan positif tetapi juga turut memberi kesan negatif seperti masalah mental dan tingkah laku, serta penurunan motivasi akademik jika pengguna telah ketagih. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti impak penggunaan TikTok dan perubahan sosial remaja di Malaysia. Kajian kuantitatif akan dijalankan ke atas 100 sampel yang terdiri daripada remaja yang berada di salah sebuah institusi pendidikan di Lembah Klang. Pemilihan responden bagi kajian ini dilakukan secara persampelan rawak mudah. Kajian ini amat penting untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam impak penggunaan TikTok terhadap perubahan sosial dalam kalangan remaja. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai kesan terhadap perubahan sosial remaja seperti kurang keyakinan diri, pembaziran masa dan tekanan akibat terdedah dengan kandungan TikTok yang tidak bermoral. Melalui kajian ini, diharap pihak berkuasa dapat membuat dasar dan polisi yang bersesuaian bagi membendung masalah impak ketagihan TikTok serta perubahan sosial dalam kalangan remaja di Malaysia.

The use of the TikTok application has become widespread in Malaysia. By promoting an easily accessible entertainment concept, TikTok has gained popularity, especially among adolescents. With its "endless stream" of content, teenagers tend to spend significant amounts of time on the platform, making them susceptible to video-watching addiction. Many adolescents spend excessive hours at home daily just browsing TikTok. The uncontrolled and excessive use of TikTok, leading to addiction, is a growing concern, particularly among teenagers. While TikTok usage offers some positive aspects, it also has negative consequences, such as mental and behavioral issues and decreased academic motivation among addicted users. Therefore, the primary objective of this study is to identify the impact of TikTok usage on social changes among adolescents in Malaysia. A quantitative study will be conducted on a sample of 100 adolescents from an educational institution in the Klang Valley, selected through simple random sampling. This study is crucial in providing a deeper understanding of the effects of TikTok usage on adolescent social changes. The findings indicate various social impacts, including reduced self-confidence, time wastage, and psychological distress due to exposure to unethical content on TikTok. This study aims to assist authorities in formulating appropriate policies and regulations to mitigate the effects of TikTok addiction and its influence on adolescent social changes in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-27

How to Cite

Suhaila Ngadiron, & Sharifah Sofiah Syed Zanudin. (2025). IMPAK PENGGUNAAN TIKTOK DAN PERUBAHAN SOSIAL REMAJA DI MALAYSIA: THE IMPACT OF TIKTOK USAGE AND SOCIAL CHANGES AMONG ADOLESCENTS IN MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(57). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057009