DAYA TAHAN DIRI: ASPEK KEJAYAAN AKADEMIK PELAJAR DI UNIVERSITI
SELF RESILIENCY: ELEMENT OF ACADEMIC EXCELLENCE AMONG UNIVERSITY STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058010Keywords:
Daya Tahan Diri (Self-resilient), Faktor (Factor), Kejayaan (Excellence), Akademik (Academic), Universiti (University)Abstract
Daya tahan diri adalah kemampuan individu untuk bertahan dan bangkit dari kesukaran, yang menjadi aspek penting dalam konteks pendidikan tinggi. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan daya tahan diri dalam menyokong kejayaan akademik pelajar university termasuk pengaruhnya terhadap prestasi akademik, motivasi belajar dan keberkesanan dalam menghadapi tekanan akademik. Sorotan kajian menunjukkan bahawa pelajar dengan tahap daya tahan diri merupakan faktor yang menyumbang kepada prestasi akademik yang lebih baik, sikap positif terhadap pembelajaran, dan keupayaan lebih besar untuk mengatasi cabaran seperti beban tugasan dan tekanan peperiksaan. Hasil kajian juga menekankan kepentingan psikopendidikan seperti latihan pengurusan tekanan dan program pembangunan kendiri, untuk meningkatkan daya tahan diri dalam kalangan pelajar. Kajian ini menyimpulkan bahawa daya tahan diri adalah aspek yang mempengaruhi kejayaan akademik dan menyeru kepada universiti untuk memperkukuh sokongan terhadap pembangunan daya tahan diri pelajar.
Self-resilient is the individual’s ability to endure and recover from difficulties, which is a crucial aspect in the context of higher education. This study aims to explore the role of self-resilient in supporting university students’ academic success, including its influence on academic performance, learning motivation, and effectiveness in dealing with academic pressure. The findings highlight that student with self-resilient demonstrate better academic performance, a positive attitude towards learning, and greater capability to overcome challenges such as workload and exam stress. The study also underscores the importance of psychoeducational interventions, such as stress management training and self-development programs, to enhance berdaya tahance among students. This study concludes that self-resilient is a significant aspect influencing academic success and calls for universities to strengthen support for students' self-resilient development.