PENYUSUSAN EKSKLUSIF: ASAS PEMBENTUKAN KESIHATAN BAYI DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA

EXCLUSIVE BREASTFEEDING: THE FOUNDATION OF INFANT HEALTH AND FAMILY WELL-BEING

Authors

  • Zaifuddin Md Rasip Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Haslina Ibrahim Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan AbdulHamid AbuSulayman (AHAS KIRKHS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Siti Nurhafizan Panglima Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058056

Keywords:

Antibodi (Antibodies), Imunisasi Awal (Early Immunization), Kesihatan Bayi (Infant Health), Kolostrum (Colostrun), Nutrisi Semula Jadi (Natural Nutrition), Penyusuan Eksklusif (Exclusive Breastfeeding)

Abstract

Penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan satu bentuk penjagaan awal yang bukan sahaja menjamin pemakanan optimum kepada bayi, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan fizikal, imunologi dan perkembangan psikososial secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan meneliti kepentingan penyusuan eksklusif dari pelbagai dimensi, termasuk kandungan kolostrum, peranan ibu susuan, serta panduan syariah Islam yang memberi sokongan terhadap amalan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk sorotan literatur melalui analisis tematik terhadap sumber-sumber akademik, termasuk artikel jurnal, laporan organisasi kesihatan, kitab tafsir dan hadith. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kolostrum yang hanya terdapat dalam susu ibu berperanan sebagai pelindung awal semula jadi bayi dengan kandungan antibodi, immunoglobulin, vitamin larut lemak dan enzim-enzim penting. Selain itu, peranan ibu susuan yang diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW terbukti memberi manfaat kepada bayi apabila ibu kandung tidak dapat menyusukan, serta menunjukkan wujudnya sistem sokongan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat. Islam juga tampil sebagai satu-satunya agama yang menggariskan peraturan khusus tentang penyusuan dalam al-Quran dan hadith, selari dengan saranan kesihatan global seperti WHO. Kajian ini menyimpulkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan gabungan antara keperluan biologi, spiritual dan sosial yang memberi impak besar terhadap kesihatan bayi dan ketahanan institusi keluarga. Justeru, usaha bersepadu antara individu, keluarga dan negara perlu diperkukuh untuk menyokong amalan ini secara meluas.

Exclusive breastfeeding is a natural form of early care that not only provides optimal nutrition to infants but also plays a crucial role in supporting their physical health, immunological resilience, and psychosocial development. This study aims to examine the significance of exclusive breastfeeding from multiple perspectives, including the biological value of colostrum, the social role of wet nursing, and Islamic legal guidance that promotes this practice. Employing a qualitative approach in the form of a literature review, this study uses thematic analysis of scholarly sources, including journal articles, health organization reports, Quranic exegesis, and Hadith compilations. The findings reveal that colostrum, found only in breast milk, serves as the infant's first natural vaccine, rich in antibodies, immunoglobulins, fat-soluble vitamins, and essential enzymes. Additionally, the practice of wet nursing, which dates back to the time of Prophet Muhammad (SAW), proves beneficial in situations where the biological mother is unable to breastfeed, reflecting a strong community-based support system. Islam is unique in prescribing detailed legal provisions on breastfeeding through the Quran and Hadith, aligning closely with global health recommendations such as those by WHO. The study concludes that exclusive breastfeeding integrates biological necessity, spiritual values, and social responsibility, all of which contribute significantly to infant health and family well-being. Therefore, a concerted effort among individuals, families, and national institutions is essential to promote and sustain exclusive breastfeeding practices.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-26

How to Cite

Zaifuddin Md Rasip, Haslina Ibrahim, & Siti Nurhafizan Panglima. (2025). PENYUSUSAN EKSKLUSIF: ASAS PEMBENTUKAN KESIHATAN BAYI DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA: EXCLUSIVE BREASTFEEDING: THE FOUNDATION OF INFANT HEALTH AND FAMILY WELL-BEING . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(58). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058056