KAJIAN RINTIS KEBERKESANAN PROGRAM BINA MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK BAGI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
A PILOT STUDY ON THE EFFECTIVENESS OF THE MOTIVATION-BUILDING PROGRAMME TOWARDS ACADEMIC EXCELLENCE AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059050Keywords:
Keberkesanan Program (Effectiveness Program), Bina Motivasi (Motivation-Buliding), Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence)Abstract
Program Bina Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Akademik diadakan bertujuan bagi membina keyakinan diri dan motivasi pelajar. Di samping itu, ia bertujuan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah menengah terutamanya melibatkan mata pelajaran yang mempunyai pencapaian rendah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Perniagaan. Oleh itu, kajian rintis ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan Program Bina Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Akademik para pelajar. Bagi merealisasikan kajian ini, reka bentuk kajian kuantitatif digunakan dengan mengumpul data menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisa secara deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistik. Soal selidik ini menggunakan pengukuran skala Likert lima mata bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap empat subjek yang dinyatakan dan tahap motivasi pelajar sebelum dan selepas program. Nilai min digunakan bagi mengukur perbezaan min pengetahuan dan tahap motivasi responden sebelum dan selepas mengikuti program motivasi. Sampel kajian yang terlibat sebagai peserta program seramai 67 orang pelajar tingkatan empat dan lima dari Sekolah Menengah Agama Nurul Islam Ayer Hitam Kedah. Penilaian keberkesanan untuk program ini dilakukan dengan membandingkan pencapaian sebelum dan selepas program ini dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik pra dan soal selidik pasca. Dapatan ini menunjukkan, nilai positif selepas program dijalankan berbanding sebelum program. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih bermotivasi untuk mempelajari dan menguasai keempat-empat mata pelajaran selepas menghadiri program motivasi ini.
The Motivational Program Towards Academic Excellence was implemented to enhance students’ self-confidence and motivation, with the aim of improving academic performance among secondary school students. This initiative particularly targeted students with low achievement in Malaysian Certificate of Education (SPM) examination subjects, namely English, Arabic, Mathematics, and Business. A pilot study was conducted to assess the effectiveness of the program. A quantitative research design was employed, utilizing a questionnaire as the main data collection instrument. Data were analysed descriptively using IBM SPSS Statistics software. The questionnaire adopted a five-point Likert scale to measure students' knowledge in the four target subjects as well as their motivation levels, both before and after the program. Mean scores were used to examine differences in knowledge and motivation levels pre- and post- questionnaire. The sample comprised 67 Form Four and Form Five students from Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam, Kedah, who participated in the program.Results indicated a positive shift in both academic knowledge and motivational levels following the program’s implementation. Overall, the findings suggest that the students became more motivated and showed improved mastery of the targeted subjects after participating in the motivational program.