CABARAN DAN SOLUSI PENGAJARAN BAHASA ARAB BAGI PELAJAR BUKAN MUSLIM DI MALAYSIA

CHALLENGES AND PEDAGOGICAL SOLUTIONS IN TEACHING ARABIC TO NON-MUSLIM LEARNERS IN MALAYSIA

Authors

  • Siti Rohani Jasni Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Jalan UMS, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
  • Mohd Hatib Ismail Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Jalan UMS, Kota Kinabalu Sabah, Malaysi
  • Afifah Azmi Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau, 02600 Arau, Perlis Malaysia
  • Ahmad Sunawari Long Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, 43600 Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Mohd Taqwudin Mohd Yazid Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Jalan UMS, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059051

Keywords:

Pengajaran Bahasa Arab Kepada Bukan Muslim (Teaching Arabic To Non-Muslim Learners), Cabaran Pengajaran Bahasa Arab (Challenges In Arabic Language Instruction), Pedagogi Inklusif (Inclusive Pedagogical Strategies), Solusi Pengajaran Bahasa Arab (Solutions In Arabic Language Education)

Abstract

Perkembangan landskap pendidikan di Malaysia telah menjadikan penguasaan bahasa Arab menjadi sebagai satu nilai tambah penting terutamanya dalam aspek komunikasi global. Bahasa Arab kini tidak lagi terhad kepada fungsi keagamaan semata-mata, sebaliknya diiktiraf sebagai bahasa ilmu, diplomasi dan budaya yang bernilai tinggi. Perubahan ini telah mendorong penglibatan pelajar daripada pelbagai latar belakang agama termasuk pelajar bukan Muslim untuk mempelajari bahasa Arab bagi pelbagai tujuan seperti akademik, kerjaya dan pemahaman silang budaya. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa Arab bagi pelajar bukan Muslim bukanlah suatu yang dianggap mudah terutamanya apabila mereka tidak mempunyai pengetahuan asas penulisan dan sebutan huruf Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar bukan Muslim dalam pembelajaran bahasa Arab serta mencadangkan solusi yang berkesan bagi menangani isu tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang melibatkan analisis kandungan terhadap literatur berkaitan pendekatan pengajaran bahasa Arab kepada pelajar bukan Muslim. Hasil kajian mendapati bahawa kekurangan bahan bantu mengajar yang kontekstual dan mesra pengguna menjadi antara punca utama yang mendorong kepada kesukaran pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan Muslim. Kekangan ini menyumbang kepada penurunan motivasi pelajar dan memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri mereka untuk menggunakan bahasa Arab secara aktif. Solusi kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan bahan pembelajaran yang relevan dengan konteks kehidupan harian pelajar serta pendekatan komunikasi yang efektif dapat meningkatkan kefahaman pelajar untuk mempelajari bahasa Arab secara lebih bermakna. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan pendekatan pengajaran bahasa Arab yang lebih inklusif dan berkesan serta memperkukuh apresiasi terhadap perbezaan budaya dalam kalangan pelajar bukan Muslim.

The evolving landscape of education in Malaysia has positioned Arabic language proficiency as an important value, particularly in the context of global communication. Arabic is no longer confined to religious functions alone, but is now widely recognized as a language of knowledge, diplomacy, and rich of cultural heritage. This shift has encouraged students from diverse religious backgrounds, including non-Muslim learners to pursue Arabic for various purposes such as academic advancement, career development, and intercultural understanding. However, mastering Arabic remains a significant challenge for non-Muslim learners, especially those without foundational knowledge of Arabic script and pronunciation of its letters. This study aims to identify the challenges faced by non-Muslim students in learning Arabic and to propose effective solutions to address these issues. The methodology employed is a literature-based approach, involving content analysis of scholarly works related to Arabic language teaching for non-Muslim learners. The findings of this study indicate that the lack of contextual and user-friendly teaching aids is among the main factors contributing to the difficulty of learning Arabic among non-Muslim students. These limitations lead to reduced motivation and negatively affect students confidence in using Arabic actively. As a solution, the study suggests that incorporating learning materials relevant to students daily lives, along with effective communicative approaches, can enhance their understanding of Arabic in a more meaningful way. It is hoped that this study will contribute to the development of more inclusive and effective Arabic language teaching approaches, while also strengthening appreciation for cultural diversity among non-Muslim learners.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-17

How to Cite

Jasni, S. R., Ismail, M. H., Azmi, A., Long, A. S., & Mohd Yazid, M. T. (2025). CABARAN DAN SOLUSI PENGAJARAN BAHASA ARAB BAGI PELAJAR BUKAN MUSLIM DI MALAYSIA: CHALLENGES AND PEDAGOGICAL SOLUTIONS IN TEACHING ARABIC TO NON-MUSLIM LEARNERS IN MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(59). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059051