KEBERKESANAN PEMBELAJARAN TERADUN TERHADAP AMALAN MORAL MURID SEKOLAH RENDAH
THE EFFECTIVENESS OF BLENDED LEARNING IN ENHANCING MORAL PRACTICES AMONG PRIMARY SCHOOL STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059066Keywords:
Pembelajaran Teradun (Blended Learning), Pendidikan Moral (Moral Education), Nilai Moral (Moral Values), Amalan Moral (Moral Practices)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik keberkesanan pembelajaran teradun dalam Pendidikan Moral bagi meningkatkan amalan moral dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dalam bilik darjah dan catatan jurnal bagi memperolehi data secara mendalam. Data diperolehi daripada 12 orang murid di tiga buah sekolah rendah. Data yang dikumpul daripada ketiga-tiga kaedah ini dianalisis secara teknik analisis tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran teradun dapat meningkatkan kesedaran moral, pemikiran reflektif dan kemahiran menyelesaikan konflik moral dalam kalangan murid. Ternyata kajian ini menyerlahkan keberkesanan pembelajaran teradun sebagai alternatif bagi mendorong murid untuk menghayati dan mengamalkan nilai moral dalam kehidupan seharian. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap pedagogi Pendidikan Moral sekolah rendah yang mana pembelajaran teradun berpotensi memperkukuhkan pemahaman dan amalan moral murid. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan agar pembelajaran teradun diterapkan secara meluas dalam Pendidikan Moral, khususnya sekolah rendah sebagai usaha membentuk generasi berakhlak serta mencapai matlamat Pendidikan Moral seperti mana yang digariskan dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah.
This study aims to investigate the effectiveness of blended learning in Moral Education to enhance moral practices among primary school pupils. The study employs a qualitative approach using an action research design. Data were collected through interviews, classroom observations, and journal entries to obtain in-depth insights. A total of 12 pupils from three primary schools participated in this study. The data gathered from all three methods were analysed using thematic analysis techniques. The findings show that blended learning enhances pupils’ moral awareness, reflective thinking, and skills in resolving moral conflicts. This study highlights the effectiveness of blended learning as an alternative approach to encourage pupils to internalise and practise ethical values in their daily lives. This study offers significant implications for the pedagogy of Moral Education in primary schools, suggesting that blended learning has the potential to strengthen pupils’ understanding and practice of moral values. Therefore, the study recommends that blended learning be widely implemented in Moral Education, particularly at the primary school level, as a means to nurture morally upright individuals and achieve the objectives of Moral Education as outlined in the Primary School Standard Curriculum Document.