FENOMENA MAN-CHILD DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KEHARMONIAN RUMAH TANGGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

THE MAN-CHILD PHENOMENON AND ITS IMPLICATIONS FOR HOUSEHOLD HARMONY FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1164085

Keywords:

Keharmonian Rumah Tangga (Household Harmony), Lelaki Qawwam, Man-Child, Nafkah (Nafaqah), Peter Pan Syndrome, Qiwamah

Abstract

Fenomena ketidakmatangan lelaki dewasa dalam rumah tangga yang sering dirujuk sebagai man-child dan mempunyai pertalian konseptual dengan Peter Pan Syndrome semakin mendapat perhatian kerana kesannya terhadap pelaksanaan tanggungjawab keluarga. Kajian ini bertujuan menganalisis fenomena man-child dan implikasinya terhadap kebertanggungjawaban suami serta keharmonian rumah tangga menurut perspektif Islam, di samping menilai kesesuaian Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) sebagai kerangka pemerkasaan lelaki. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen yang melibatkan karya akademik, dokumen institusi dan sumber Islam berkaitan ketidakmatangan lelaki, tanggungjawab perkahwinan, qiwamah dan pembangunan keluarga Muslim. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti pola utama dalam sumber yang dipilih. Dapatan menunjukkan bahawa manifestasi man-child dalam konteks rumah tangga dapat dihuraikan melalui tiga dimensi utama iaitu ketidakmatangan emosi, kebergantungan domestik dan keculasan dalam aspek kewangan serta nafkah. Dari perspektif Islam, pola tersebut berpotensi menjejaskan pelaksanaan qiwamah kerana kepemimpinan suami berkait rapat dengan amanah, perlindungan, nafkah, pendidikan dan husn al-mu'asyarah. Implikasi yang dikenal pasti merangkumi ketidakseimbangan beban rumah tangga, tekanan psikososial pasangan, kerentanan ekonomi keluarga dan berkurangnya fungsi bapa sebagai teladan kepada anak-anak. Kajian turut menunjukkan bahawa tujuh ciri Lelaki Qawwam yang digariskan JAKIM iaitu adil, perkasa, amanah, wibawa, tekad, penyantun dan futuristik boleh digunakan sebagai kerangka konseptual untuk memetakan keperluan pemerkasaan lelaki dalam menangani pola ketidakmatangan tersebut. Walau bagaimanapun, ILQ wajar dilihat sebagai kerangka pemerkasaan dan pencegahan, bukan sebagai intervensi klinikal terhadap sindrom psikologi. Kajian ini menyumbang kepada perbincangan dengan menghubungkan fenomena man-child, qiwamah dan ILQ dalam konteks keluarga Muslim di Malaysia.

Male emotional, social and financial immaturity in marriage often described as the man-child phenomenon and conceptually related to Peter Pan Syndrome, has implications for the fulfilment of family responsibilities. This study aims to analyse the man-child phenomenon and its implications for husbands' responsibilities and household harmony from an Islamic perspective, while examining the suitability of the Lelaki Qawwam Initiative (ILQ) as a framework for male empowerment. A qualitative approach was employed through document analysis involving academic literature, institutional documents and Islamic sources concerning male immaturity, marital responsibilities, qiwamah and Muslim family development. The documents were analysed thematically to identify recurring patterns. The findings indicate that the man-child phenomenon in marriage can be understood through three major dimensions: emotional immaturity, excessive domestic dependency and negligence in financial and nafaqah responsibilities. From an Islamic perspective, these patterns may undermine the fulfilment of qiwamah because marital leadership is closely associated with trust, protection, provision, education and husn al-mu'asharah. The implications include unequal household burdens, psychosocial strain on spouses, family economic vulnerability and reduced paternal functioning as a source of guidance and modelling for children. The study further indicates that the seven characteristics of Lelaki Qawwam identified by JAKIM namely just, resilient, trustworthy, authoritative, determined, compassionate and future-oriented may serve as a conceptual framework for strengthening men's family roles. However, ILQ should be understood as an empowerment and preventive framework rather than a clinical intervention for a psychological syndrome. The study contributes by connecting the man-child phenomenon, qiwamah and ILQ within the context of Muslim families in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Khin, M., Al-Bugha, M., & Asy-Syarbaji, A. (2005). Kitab fikah mazhab Syafie (A. Ismail & M. A. Hashim, Trans.; Vol. 4). Pustaka Salam.

Alu Syaikh, ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq. (2008). Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 2, M. ‘Abdul Ghoffar E. M., Trans.). Pustaka Imam Asy-Syafi‘i.

Aspalella, A. R., Nazli, M., Che Thalbi, I., & Asmar, A. R. (2020). Perkembangan terkini undang-undang keganasan rumahtangga di Malaysia. In International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020 (INSORPAD 2020) (pp. 56–67). https://www.researchgate.net/publication/346974251_Perkembangan_Terkini_Undang-Undang_Keganasan_Rumahtangga_di_Malaysia/citations

Azhar, A. A., Raihanah, H. A., & Khairul, F. M. S. (2016). Perkongsian Pendapatan Suami Isteri dalam Keluarga Islam dan Impak kepada Kualiti Hidup. Journal of Contemporary Islamic Studies, 2(1), 34-45. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16528/

Basmeih, A. M. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-Quran (30 juzuk) (12th ed.). Darulfikir.

Departemen Agama RI. (2010). Al-Qur’an dan tafsirnya (Edisi yang disempurnakan). Lentera Abadi.

Diniz, E., Brandão, T., Monteiro, L., & Veríssimo, M. (2021). Father involvement during early childhood: A systematic review of the literature. Journal of Family Theory & Review, 13(1), 77–99. https://doi.org/10.1111/jftr.12410

Hernawati, R. (2019). Makna qiwamah dalam Al-Quran (Perspektif Khaled M. Abou El-Fadl) [Undergraduate thesis, Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung]. UIN Raden Intan Lampung Repository. https://repository.radenintan.ac.id/8557/1/skripsi.pdf

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2025). Perangkaan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Malaysia, 2025. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. Retrieved from DOSM Portal.

JAKIM. (2023). Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ). Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan/3801-inisiatif-lelaki-qawwam-ilq

Janati, A. P., Pane, E., & Amrullah, M. D. F. (2026). Fenomena perceraian dini pada masyarakat modern: Perspektif nilai qiwamah dan sakinah dalam rumah tangga Muslim. Kartika: Jurnal Studi Keislaman, 6(2), 2062–2078. https://doi.org/10.59240/kjsk.v6i2.748

Kiley, D. (1983). The Peter Pan syndrome: Men who have never grown up. Dodd, Mead.

Klein, V., Aşçıgil, E., Oschatz, T., & Kahalon, R. (2026). Unequal burdens, unequal benefits: Housework, mental load, and gendered satisfaction in heterosexual relationships. Personality and Social Psychology Bulletin. https://doi.org/10.1177/01461672261474320

Labib, M. A. D. I., & Fajriyaturrohmah. (2023). A study of the concept of qiwamah in Surah Al-Nisa’ (4): 34 from the perspectives of Kecia Ali and Khaled M. Abou El-Fadl. Al-Basirah Journal, 13(2). https://doi.org/10.22452/basirah.vol13no2.5

Md Zawawi, A. B., & Wan Ab. Rahman Khudzri, W. A. (2008). Hak suami isteri dalam perkahwinan Islam: Analisis menurut fiqh. REKAYASA—Journal of Ethics, Legal and Governance, 4, 35–52. https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/download/14025/3185

Mormin, R., & Basiron, B. (2021). Pendidikan kekeluargaan Islam berhadapan dengan isu dan cabaran krisis rumahtangga. In Proceeding International Seminar on Islamic Education and Peace (Vol. 1, pp. 431–442). https://ejournal.uniramalang.ac.id/isiep/article/download/1331/800/5646

Musthapar, N. F., & Ahmad, B. (2022). Isu-isu perhubungan suami isteri dalam keluarga Islam di Malaysia: Analisis literatur. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 5(1), 98–113. https://bitarajournal.com/bitarajournal/article/download/283/573

Quthb, S. (2008). Fi Zhilalil-Qur'an (Jilid 2; A. Yasin, A. A. S. Basyarahil, & M. Hamzah, Trans.). Gema Insani.

Rollè, L., Gullotta, G., Trombetta, G., Curti, L., Gerino, E., Brustia, P., & Caldarera, A. M. (2019). Father involvement and cognitive development in early and middle childhood: A systematic review. Frontiers in Psychology, 10, 2405. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2019.02405

Ruhil Hayati. (2011). Modul kursus pra perkahwinan Islam: Kajian terhadap keberkesanannya di Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan [Master’s thesis, Universiti Malaya]. https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/696/

Shihab, M. Q. (2009). Tafsir Al-Mishbah: Pesan, kesan dan keserasian Al-Qur'an (Jilid 2). Lentera Hati.

Sulaiman, M. F. & Nasohah, Z. (2023). Sorotan literatur punca perceraian awal perkahwinan di Malaysia. Bitara International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6(4), 28–39. https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/417

Sutriyanti, Dewinta Afdellyn, L. C., Sitepu, Q. N., & Sari, Y. (2026). Analysis of Critical Discourse on Gender Equality on Instagram Content @Konde.co. Wasilatuna : Jurnal Komunikasi dan Penyiaran Islam,9 (SpecialEdition 1), 103–119. https://ejournal.uiidalwa.ac.id/index.php/wasilatuna/article/view/4369

Zakaria, N. D., Azahari, R., & Ahmad, B. (2023). Elemen kebertanggungjawaban rumah tangga menurut perspektif Islam. Jurnal Fiqh, 20(2), 165–210. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol20no2.1

Downloads

Published

2026-09-28

How to Cite

Yusof , S. A., Taher, M. S. I. M., Abdullah, S. R., Bakar , A. Y. A., & Ibrahim, N. (2026). FENOMENA MAN-CHILD DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KEHARMONIAN RUMAH TANGGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: THE MAN-CHILD PHENOMENON AND ITS IMPLICATIONS FOR HOUSEHOLD HARMONY FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 11(64), 1569–1584. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1164085