KEBERKESANAN PENGGUNAAN NOTEBOOKLM SEBAGAI ALAT SOKONGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN AI TERHADAP PENGUASAAN NAHU DAN SARF PELAJAR STAM: SATU KAJIAN TINDAKAN

THE EFFECTIVENESS OF USING NOTEBOOKLM AS AN AI-BASED LEARNING SUPPORT TOOL ON STAM STUDENTS' MASTERY OF NAHU AND SARF: AN ACTION RESEARCH

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1164101

Keywords:

Alat Sokongan Pembelajaran (Learning Support Tool), Kajian Tindakan (Action Research), Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Nahu Dan Sarf (Nahu and Sarf), NotebookLM, STAM

Abstract

Penguasaan Nahu dan Sarf merupakan cabaran berterusan dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), sedangkan kaedah pengajaran konvensional kurang menyediakan bahan sokongan interaktif yang boleh digunakan pelajar semasa mengulang kaji di luar bilik darjah. Kajian tindakan ini menilai keberkesanan penggunaan NotebookLM, iaitu aplikasi kecerdasan buatan yang berasaskan sumber (source-grounded), sebagai alat sokongan pembelajaran terhadap penguasaan Nahu dan Sarf. Seramai 22 orang pelajar kelas 6 Ibnu Batutah di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman dipilih melalui persampelan bertujuan. Reka bentuk kajian menggunakan Model Gelung Kemmis dan McTaggart yang melibatkan fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi, dengan dapatan refleksi digunakan untuk menambah baik pelaksanaan intervensi secara berperingkat. Instrumen kajian ialah ujian pra dan ujian pasca dalam bentuk selari, manakala intervensi dijalankan selama lima minggu menggunakan ciri Infografik, Video Overview, Slide Deck, Kuiz dan Kad Imbasan secara berperingkat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta ujian-t berpasangan bagi menentukan kesignifikanan statistik peningkatan markah. Dapatan menunjukkan markah 20 daripada 22 responden (90.9%) meningkat, dengan skor min naik daripada 15.00 (37.5%) kepada 23.41 (58.5%), iaitu peningkatan kira-kira 21 mata peratus. Ujian-t berpasangan menunjukkan peningkatan ini signifikan secara statistik, t(21) = 6.997, p < .001, dengan saiz kesan yang besar (d = 1.49). Seorang responden menurun manakala seorang lagi kekal pada markah asal. Bilangan responden pada tahap Sangat Lemah berkurangan daripada 14 orang kepada 2 orang, dan 9 orang mencapai tahap Baik. Kajian ini menyimpulkan bahawa NotebookLM berpotensi menyokong pembelajaran Nahu dan Sarf kerana responsnya berasaskan sumber rujukan yang dibekalkan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, ketepatan sumber tidak menjamin ketepatan tulisan Arab yang dipaparkan, jadi semakan guru terhadap bahan yang dijana kekal diperlukan.

Mastery of Nahu and Sarf (Arabic grammar and morphology) remains a persistent challenge among Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) students, while conventional teaching provides limited interactive support material for students revising outside the classroom. This action research evaluates the effectiveness of using NotebookLM, a source-grounded artificial intelligence application, as a learning support tool for the mastery of Nahu and Sarf. Twenty-two students from the 6 Ibnu Batutah class at Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman were selected through purposive sampling. The study used the Kemmis and McTaggart model, covering the planning, action, observation, and reflection phases, with reflection findings used to refine the intervention in stages. The instruments were a pre-test and a post-test in parallel forms, while the five-week intervention introduced the Infographic, Video Overview, Slide Deck, Quiz, and Flashcard features in stages. Data were analysed using descriptive statistics and a paired-samples t-test to determine the significance of the score increase. The findings show that the scores of 20 of the 22 respondents (90.9%) improved, with the mean score rising from 15.00 (37.5%) to 23.41 (58.5%), an increase of about 21 percentage points. The paired-samples t-test showed that this increase was statistically significant, t(21) = 6.997, p < .001, with a large effect size (d = 1.49). One respondent declined while another remained at the same score. The number of respondents at the Very Weak level fell from 14 to two, and nine reached the good level. The study concludes that NotebookLM has the potential to support the learning of Nahu and Sarf because its responses are grounded in the reference sources supplied by the user. Nevertheless, source accuracy does not guarantee the accuracy of the Arabic script displayed, so teacher verification of the generated materials remains necessary.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adnan, W. M. S. W. (2025). Keberkesanan kecerdasan buatan dalam pembelajaran ilmu nahu: Suatu tinjauan umum. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 9(1), 1–10.

Ali, M. F., & Rani, M. J. A. (2024). Kecerdasan buatan (AI) sebagai medium transformasi pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Al-Haady, 5(1), 1–9.

Aminun Nabil Ahmad Syahir. (2025). Kecerdasan buatan dan transformasi digital dalam pengajian al-Quran: Satu tinjauan literatur sistematik. QURANICA: International Journal of Quranic Research, S.I.14, 543–570.

Andriyana, Hidayat, A., Hanifah, I., & Ramdona, D. C. (2026). Integrasi NotebookLM dalam pembelajaran: Kajian literatur terhadap peranannya sebagai dukungan profesional guru. Buletin Pengembangan Perangkat Pembelajaran, 8(1), 47–60.

Azmi, N., & Ruzanna, W. M. (2026). Keberkesanan ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu terhadap murid pintar dan berbakat. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 11(62), 1343–1354.

Borham, S. R., Ramli, S., & Abdul Ghani, M. T. (2022). Integrasi konsep kecerdasan buatan dalam reka bentuk kit E-Muhadathah untuk bukan penutur Arab. Journal of ICT in Education, 9(3), 1–10.

Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). Lawrence Erlbaum Associates.

Fitri, A. T. (2025). Tinjauan literatur: Integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Ilmiah Pendidikan Scholastic, 9(1), 16–26.

Haryati Jaacob et al. (2026). Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembentukan pola ayat menulis bahasa Arab. Educalia: Journal of Educational Research, 5(1), 26–48.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Dasar Pendidikan Digital. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Deakin University Press.

Khazri Osman, Al Dairi Salha Juma Mohamed, Marhamah Ulfa, Dayang Sakini Mohd Kadri, & Mohamad Yazid Abdul Majid. (2025). Integrasi AI dalam komunikasi pengajaran bahasa Arab: Tinjauan kritis dari perspektif guru. Al-Qalam International Journal of Arabic Studies, 7, 80–92.

Manikam, N., Omar, R., Mahmood, R., Poongavanam, K., & Parmasivam, P. (2025). Integrasi kecerdasan buatan (AI) generatif dalam pembangunan profesional guru: Analisis keberkesanan alat berasaskan AI terhadap kecekapan dan penglibatan dalam pengajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 18(2), 175–189. https://doi.org/10.37134/bitara.vol18.2.15.2025

Rahem Samiya. (2025). Artificial intelligence in Arabic language education: Current applications, challenges, and future perspectives. Studies in Education Sciences, 6(4), 1–21.

Sharjeel Ahmed, Muhammad Faisal, Syed Shan Fareh Hasan, & Muhammad Ayaz Ghazi. (2025). Impact of artificial intelligence (AI) on teacher self-efficacy: A systematic literature review. Social Science Review Archives, 3(4), 3406–3420.

UNESCO. (2019). Beijing consensus on artificial intelligence and education. UNESCO.

UNESCO. (2024). AI competency framework for teachers. UNESCO.

Zainal Rafit, Z. H., Zainudin, S., & Ali Othman, Z. (2021). Model Peramalan Bilangan Calon Tarik Diri dari Peperiksaan Awam Malaysia Menerusi Pendekatan Perlombongan Data dan Petua.

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Mahamood, M. S. C., & Husnin, H. (2026). KEBERKESANAN PENGGUNAAN NOTEBOOKLM SEBAGAI ALAT SOKONGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN AI TERHADAP PENGUASAAN NAHU DAN SARF PELAJAR STAM: SATU KAJIAN TINDAKAN: THE EFFECTIVENESS OF USING NOTEBOOKLM AS AN AI-BASED LEARNING SUPPORT TOOL ON STAM STUDENTS’ MASTERY OF NAHU AND SARF: AN ACTION RESEARCH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 11(64), 1832–1847. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1164101