METAFORA DALAM PENULISAN BERITA STRATEGIK TERHADAP PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

Authors

  • Azahar Kasim Universiti Utara Malaysia
  • Mokhtarrudin Ahmad Universiti Multimedia
  • Azman Bidin Universiti Malaysia Kelantan

Keywords:

Berita, Metafora, Media, Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Abstract

Bahasa dalam penulisan berita amat penting kerana ia membawa pelbagai erti dan kefahaman apabila dibaca untuk setiap anggota masyarakat. Penggunaan bahasa yang betul dan memberi makna serta mempunyai tafsiran tertentu mampu membentuk pemikiran masyarakat. Gabungan bahasa dalam penulisan berita mempunyai berpengaruh dalam membentuk sosial budaya, sumber maklumat, pendidikan, hiburan, kunci utama dalam arena komunikasi politik, penyertaan demokrasi, komunikasi nilai ideologi, norma, sifat dan kepercayaan terhadap sesuatu isu. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (CDA) yang memberi penekanan kepada elemen Analisis Metafora Kritis (CMA) bagi meneliti pengunaan bahasa dan frasa yang dibentuk oleh wartawan dalam penulisan berita mengenai dasar kerajaan, terutama Program Transformasi Kerajaan (GTP). Data yang digunakan dalam kajian ini adalah diambil daripada tiga akhbar atas talian iaitu, akhbar Malaysiakini, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Penggunaan metafora konsep dan metafora digunakan sepenuhnya bagi memperhalusi istilah dalam kata, frasa dan ayat-ayat yang ditulis oleh wartawan ketiga-tiga organisasi media ini. Hasil kajian mendapati wartawan secara sedar dan tidak sedar melakarkan penulisan yang mempunyai metafora dan menetapkan metafora konsep melalui pembingkaian berita yang ditulis oleh mereka. Metafora konsep yang dibentuk jelas dipaparkan di setiap penulisan berita kerana mereka mempunyai agenda yang ditetapkan oleh organisasi media masing-masing bagi mempromosi ataupun memberi kefahaman mengenai dasar kerajaan terutama berkaitan GTP dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Gelagat dan proses mereka ini menghasilkan berita yang mempunyai maksud tersirat dengan menggunakan metafora bagi menghasilkan berita strategik. Metafora yang dihasilkan adalah berbeza tetapi koheren untuk mengesahkan GTP dan NKRA sebagai pembawa perubahan ekonomi positif kepada negara ini. Secara tersirat menunjukkan bahawa GTP dan NKRA perlu dilaksanakan jika Malaysia mahu menjadi negara maju. Ia memberi makna tersirat kerana tidak dikatakan secara langsung tetapi secara tidak langsung melalui metafora.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Azahar Kasim, Mokhtarrudin Ahmad, & Azman Bidin. (2024). METAFORA DALAM PENULISAN BERITA STRATEGIK TERHADAP PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP). INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/458