LITERASI DAN DAYA TAHAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT: IMPLIKASI TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
FINANCIAL LITERACY AND RESILIENCE AMONG HEI STUDENTS: IMPLICATIONS FOR WELL-BEING AND HUMAN DEVELOPMENT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJHPL.829007Keywords:
Literasi (Literacy), Pendidikan ( Education), Kewangan (Finance), Pelajar (Student), Daya Tahan (Resilience)Abstract
Literasi kewangan memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia, khususnya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Kajian menunjukkan bahawa tahap literasi dan amalan kewangan pelajar IPT adalah tinggi, namun cabaran masih wujud dalam memastikan kestabilan kewangan mereka dalam jangka panjang. Peralihan daripada kehidupan sebagai pelajar kepada alam pekerjaan, peningkatan kos sara hidup, serta pengaruh sosial dan psikologi merupakan faktor yang boleh mempengaruhi daya tahan kewangan individu. Oleh itu, kertas konsep ini membincangkan hubungan antara literasi kewangan dan pembangunan manusia serta cabaran yang dihadapi dalam mengukuhkan pengurusan kewangan pelajar IPT. Perbincangan ini juga menekankan keperluan untuk penyelidikan lanjutan bagi meneroka strategi kewangan yang lebih mampan dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan ini dapat menjadi asas rujukan bagi pembangunan modul pendidikan kewangan dan inisiatif sokongan yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan pelajar IPT dalam jangka panjang.
Financial literacy plays a crucial role in human development, particularly among higher education institution (HEI) students. Studies indicate that HEI students possess a high level of financial literacy and financial management practices; however, challenges remain in ensuring their long-term financial stability. The transition from student life to employment, rising living costs, and social and psychological influences are factors that may impact an individual’s financial resilience. Therefore, this conceptual paper explores the relationship between financial literacy and human development, as well as the challenges in strengthening financial management among HEI students. This discussion also highlights the need for further research to examine more sustainable financial strategies among students. The findings of this study serve as a reference for the development of more comprehensive financial education modules and support initiatives to enhance the long-term financial well-being of HEI students.