ISU DAN CABARAN GURU CINA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

Authors

  • Mohd Saiful Othman
  • Nor Azwahanum Nor Shaid Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Isu, cabaran, Guru Cina, Pengajaran, Bahasa Melayu

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan isu dan cabaran-cabaran guru Cina dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Seiring dengan fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, maka bahasa Melayu bukan sahaja perlu dikuasai oleh kaum Melayu malahan semua kaum yang terdapat di Malaysia. Penguasaan bahasa Melayu yang baik dapat memupuk jati diri setiap rakyat di negara ini. Bahasa Melayu juga merupakan mata pelajaran wajib yang perlu dipelajari oleh setiap murid termasuklah murid di SJKC. Pengajaran Bahasa Melayu oleh guru-guru Cina di SJKC bukanlah satu perkara yang mudah kerana murid-murid Cina bukan penutur jati bahasa Melayu. Berbeza dengan bahasa ibunda mereka, bahasa Melayu hanya digunakan oleh murid Cina semasa pembelajaran di dalam kelas dan agak kurang digunakan dalam kehidupan seharian. Murid-murid Cina juga memperlihatkan tahap minat yang rendah terhadap bahasa Melayu dengan tanggapan bahawa mempelajari bahasa Melayu adalah sukar. Oleh itu, pencapaian murid Cina dalam Bahasa Melayu masih kurang memuaskan. Justeru, fokus utama kertas konsep ini adalah untuk mengupas isu dan cabaran guru Cina dalam pengajaran Bahasa Melayu. Cabaran-cabaran yang dihadapi ini menyukarkan guru dalam memastikan pencapaian murid memuaskan. Pelbagai langkah perlu dilakukan agar kualiti pengajaran Bahasa Melayu di SJKC dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat melahirkan murid Cina yang fasih berbahasa Melayu. Justeru, guru-guru Cina yang mengajarkan Bahasa Melayu di SJKC perlu menggalas tanggungjawab ini dengan melakukan pelbagai inisiatif demi meningkatkan pencapaian murid Cina dalam Bahasa Melayu. Melalui kertas konsep ini diharapkan agar dapat mendedahkan kepada pelbagai pihak tentang isu mengenai pengajaran Bahasa Melayu oleh guru Cina di SJKC.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Mohd Saiful Othman, & Nor Azwahanum Nor Shaid. (2024). ISU DAN CABARAN GURU CINA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 4(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/546