TAHAP PENGUASAAN LITERASI BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT AWAM DI SABAH

Authors

  • Nor Ain Manap Universiti Malaysia Sabah
  • Saini Ag. Damit Universiti Malaysia Sabah
  • Asiah Abas Universiti Malaysia Sabah
  • Noorafini Kassim Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Level of Literacy, Arabic Language, Civil Society, Sabah

Abstract

Kemahiran literasi menjadi satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh seseorang individu terutamanya masyarakat awam di Sabah. Kemahiran mengenal atau celik huruf inilah yang dikenali sebagai kemahiran literasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan literasi bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Sabah. Metod kajian adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data yang dibuat melalui edaran soal selidik, temu bual bersama responden yang terdiri daripada pengajar dan pelajar terpilih, serta pemerhatian dalam kelas iaitu ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Arab dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Arab adalah sederhana dengan bacaan skor min 3.39. Kajian ini akan memberi manfaat kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memperkemas dan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-17

How to Cite

Nor Ain Manap, Saini Ag. Damit, Asiah Abas, & Noorafini Kassim. (2024). TAHAP PENGUASAAN LITERASI BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT AWAM DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES, PHILOSOPHY AND LANGUAGES (IJHPL), 5(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijhpl/article/view/558