ADAT PRA PERKAHWINAN MASYARAKAT SULUK MENURUT ISLAM: KAJIAN DI LAHAD DATU SABAH

Authors

  • Nurul Atiqah Azman Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd. Sohaimi Esa Universiti Malaysia Sabah
  • Kasoma Thia Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah
  • Mohd Khairi Lebai Ahmad Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Kota Kinabalu, Sabah

Keywords:

Islam, Lahad Datu, Pra-Perkahwinan, Sabah, Suluk, Tradisional

Abstract

Masyarakat Suluk merupakan salah satu etnik di Sabah yang memiliki budaya dan warisan daripada zaman nenek moyang. Sehingga kini masih wujud segelintir masyarakat di Lahad Datu Sabah yang mengekalkan identiti keaslian adat perkahwinan dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa elemen penting adat pra perkahwinan masyarakat Suluk yang perlu diteliti pelaksanaan mengikut penilaian agama Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis adat-adat pra perkahwinan masyarakat Suluk menurut perspekftif Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah temubual secara separa struktur dan kaedah kepustakaan. Pemilihan informan adalah berdasarkan golongan yang pernah melaksanakan adat perkahwinan dan golongan tua yang arif berkaitan adat tempatan masyarakat Suluk. Dapatan kajian membuktikan elemen-elemen adat pra perkahwinan masyarakat Suluk terdapat perkara yang bercanggah di dalam akidah dan syariat Islam seperti pemilihan tarikh pada bulan Safar tidak boleh dilaksanakan majlis pertunangan mahupun pernikahan kerana mengelakkan daripada terkena bala dan malapetaka. Akan tetapi wujud juga, adat yang unik dalam identiti masyarakat Suluk yang perlu dikekalkan untuk mengekalkan khazanah adat warisan generasi lampau dan menjadi tradisi untuk generasi milenial kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2024

How to Cite

Nurul Atiqah Azman, Saifulazry Mokhtar, Mohd. Sohaimi Esa, Kasoma Thia, & Mohd Khairi Lebai Ahmad. (2024). ADAT PRA PERKAHWINAN MASYARAKAT SULUK MENURUT ISLAM: KAJIAN DI LAHAD DATU SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1070