SOLIDARITI PALESTIN: KEDINAMIKAN TINDAKAN BOIKOT DARI PERSPEKTIF TEORI IDENTITI SOSIAL

Authors

  • Siti Norayu Mohd Basir Universiti Malaysia Perlis
  • Nor Hafizan Habib Sultan Universiti Malaysia Perlis
  • Mohd Arsad Johanis Universiti Malaysia Perlis
  • Siti Balkis Mohamed Ibrahim Universiti Malaysia Perlis

Keywords:

Boikot, Teori Identiti Sosial, Solidariti, Konflik Palestin-Israel, Kemanusiaan, Identiti

Abstract

Krisis Israel-Palestin bukanlah isu baharu, melibatkan sejarah, agama, politik, dan sumber daya selama puluhan tahun. Konflik ini menyebabkan pertempuran ketenteraan, mengorbankan lebih 35,000 rakyat Palestin sejak 7 Oktober 2023. Usaha perdamaian seperti Perjanjian Oslo gagal, maka memerlukan komitmen politik yang sangat kuat. Justeru, inisiatif solidariti Palestin melalui demonstrasi, bantuan kemanusiaan, dan boikot ekonomi Israel bertujuan mendapatkan keadilan dan pemulihan hak tanah. Kajian ini menganalisis tindakan memboikot produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Israel sebagai bentuk solidariti global terhadap rakyat Palestin yang tertindas akibat kekejaman dan jenayah perang oleh Israel. Berdasarkan Teori Identiti Sosial (TIS), yang diperkenalkan oleh Henri Tajfel dan John Turner, kajian ini menunjukkan bahawa identiti individu tidak hanya dibentuk melalui ciri-ciri peribadi tetapi juga melalui keanggotaan dalam kumpulan sosial yang berkongsi matlamat dan nilai-nilai yang sama. Boikot ini memperkuat identiti kolektif yang berjuang untuk keadilan. Selain itu, penggunaan media sosial memperhebat kesedaran global, menyatukan organisasi dan individu dalam menekan ekonomi Israel untuk menghentikan kekejaman zionis mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Siti Norayu Mohd Basir, Nor Hafizan Habib Sultan, Mohd Arsad Johanis, & Siti Balkis Mohamed Ibrahim. (2024). SOLIDARITI PALESTIN: KEDINAMIKAN TINDAKAN BOIKOT DARI PERSPEKTIF TEORI IDENTITI SOSIAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1687