PENGETAHUAN ILMU KENEGARAAN DAN PERLEMBAGAAN DALAM PEMBENTUKAN NILAI BAIK DI KALANGAN MAHASISWA: KAJIAN KES DI UMS

Authors

  • Joloning Joe Majambu Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd. Azri Ibrahim Universiti Malaysia Sabah
  • Romzi Ationg Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Kenegaraan, Nilai, Mahasiswa, Perlembagaan, Undang-Undang

Abstract

Ilmu kenegaraan dan perlembagaan terhadap rakyat adalah sangat penting. Seseorang warganegara seharusnya memiliki ilmu tersebut bagi meningkatkan tahap patriotik terhadap negara dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang memiliki nilai serta etika kehidupan yang unggul. Pengetahuan yang berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara, demokrasi, berparlimen, sejarah kemerdekaan adalah antara perkara yang seharusnya dimiliki ilmunya oleh seseorang warganegara di Malaysia. Penghayatan ilmu tersebut penting untuk memastikan kehidupan bernegara yang harmoni dan sejahtera kerana ianya mampu menjadi benteng kepada segala perbuatan yang bertentangan dengan amalan hidup yang tidak beretika dan bermoral. Bagi memahami hal ini maka kertas kerja ini memberi penjelasan tentang pengetahuan masyarakat terutamanya generasi muda terhadap ilmu kenegaraan Malaysia. Diharap kertas kerja ini menyediakan penjelasan sewajarnya tentang topik yang diketengahkan bagi memastikan kelangsungan Malaysia yang harmoni, selamat dan beretika.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Joloning Joe Majambu, Mohd. Azri Ibrahim, Romzi Ationg, & Saifulazry Mokhtar. (2024). PENGETAHUAN ILMU KENEGARAAN DAN PERLEMBAGAAN DALAM PEMBENTUKAN NILAI BAIK DI KALANGAN MAHASISWA: KAJIAN KES DI UMS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1688