IMPLIKASI EKSPATRIASI PELAJAR ANTARABANGSA KE ATAS PENINGKATAN ASPEK KUALITI HIDUP DI NEGARA TUAN RUMAH
Abstract
: Pemilihan negara tuan rumah sebagai destinasi ekspatriasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi sememangnya telah menjadi satu trend perkembangan masa kini dalam kalangan pelajar antarabangsa di seluruh dunia. Setiap daripada individu tersebut pastinya telah membuat keputusan dengan memilih sebuah negara destinasi yang akan memberi nilai kehidupan positif sepanjang keberadaan mereka di negara tersebut dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Melalui penyelidikan yang dijalankan ini ianya ingin meneliti dan memperlihatkan hasil dapatan kajian mengenai implikasi ekspatriasi pelajar antarabangsa ke atas peningkatan aspek kualiti hidup sepanjang tempoh masa mereka melanjutkan pelajaran di negara tuan rumah. Menerusi pendekatan kualitatif yang diaplikasikan ke atas dua puluh (20) orang pelajar antarabangsa terpilih di Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur, sebanyak enam (6) aspek peningkatan kualiti hidup telah diperoleh. Peningkatan aspek kualiti hidup yang dibincangkan merangkumi tema yang berkisar kepada (i) apresiasi nilai budaya Malaysia (ii) meluaskan pengalaman hidup (iii) kepuasan menimba ilmu (iv) jaringan sosial universiti berprestij (v) keakraban komuniti pelajar antarabangsa dan (vi) persekitaran politik kondusif. Maklum balas yang diperoleh dari pelajar antarabangsa ini telah membuktikan bahawa mereka berpuas hati dengan keadaan situasi negara tuan rumah yang sememangnya aman dan harmoni serta mampu menunjukkan imej yang baik di mata negara seluruh dunia. Kajian ini mampu memberikan sumbangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia dalam menjalankan promosi bagi menggalakkan kehadiran pelajar antarabangsa untuk terus hadir di negara ini bagi meneruskan pengajian tinggi mereka di dua puluh (20) buah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ada di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Abu Bakar Abdul Hamid, Hasbullah Awang, & Herlina Jupiter. (2024). IMPLIKASI EKSPATRIASI PELAJAR ANTARABANGSA KE ATAS PENINGKATAN ASPEK KUALITI HIDUP DI NEGARA TUAN RUMAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1917
Issue
Section
Articles