PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
Abstract
: Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid tahun lima. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik digunakan untuk mengenal pasti pandangan guru berdasarkan pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan serta mengenal pasti cara guru mengatasi kesalahan berkenaan. Seramai 35 orang responden terdiri daripada guru bahasa Melayu di Daerah Kuala Pilah telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Reka bentuk kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data adalah menerusi soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti skor min pandangan guru berdasarkan pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid tahun lima dan mengenal pasti skor min terhadap cara yang dikenal pasti untuk mengatasi pengaruh tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa bagi penulisan murid tahun lima. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam cara mengatasi pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid tahun lima. Implikasi kajian ini membolehkan murid dan guru melalui proses pengajaran dan pemudahcaraan yang selari dengan perkembangan teknologi terkini tetapi tetap mempunyai kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu hasil kerjasama semua pihak. Kajian lanjutan yang boleh dicadangkan sebagai kesinambungan daripada tajuk ini adalah dengan mengkaji pengaruh media sosial terhadap aspek sintaksis dalam penulisan karangan murid tahun lima di Negeri Sembilan. Sampel yang lebih besar akan memberikan gambaran sebenar yang berkaitan pengaruh media sosial terhadap penulisan karangan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Farizah Hashim, Adenan Ayob, & Mohd Rosli Saludin. (2024). PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1918
Issue
Section
Articles