PENGANGGURAN DALAM KALANGAN BEKAS BANDUAN SEBAGAI FAKTOR PERAMAL KEPADA PENGULANGAN JENAYAH DI MALAYSIA: KAJIAN KES KE ATAS BEKAS BANDUAN DI JALAN CHOW KIT
Abstract
: Pengangguran dalam kalangan bekas banduan selepas dibebaskan dari penjara membawa kepada kecederungan mereka untuk melakukan jenayah bagi menampung kehidupan mereka. Pebagai faktor pengangguran yang dikenalpasti dari segi rekod jenayah yang dimiliki, stigma majikan dalam mengajikan bekas banduan, tahap pendidikan yang rendah, dan ketiadaan pengalaman kerja. Keadaan ini membawa kepada suatu inisiatif untuk membuktikan akan wujudnya hubungan di antara pengangguran bekas banduan dengan perkembalian mereka ini ke dalam aktiviti jenayah ini. Kajian ini bertitik tolak dari sebuah kajian peringkat Doktor Falsafah mengenai faktor pengulangan jenayah dalam kalangan bekas banduan. Salah satu daripada objektif kajian tersebut adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai faktor-faktor risiko yang menyebabkan bekas banduan mengulang-laku aktiviti jenayah mereka. Temubual mendalam telah dilakukan ke atas 19 orang bekas banduan yang mempunyai rekod pemenjaraan telah dijalankan di sekitar Jalan Chow Kit pada pertengahan tahun 2016. Analisis kajian memperlihatkan kesukaran bekas banduan untuk memperolehi pekerjaan menjadi salah satu faktor peramal yang membawa kepada kecederungan mereka untuk memilih ‘jalan mudah’ atau ‘tidak sah’ dalam memperolehi punca pendapatan. Dapatan kajian ini berupaya membekalkan maklumat yang realistik dalam mencadangkan pembentukan sebuah program penempatan pekerjaan untuk bekas banduan sebaik dibebaskan dari penjara untuk membimbing bekas banduan untuk menjadi seorang yang produktif sepanjang dibebaskan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Alif Jasni, Siti Hajar Abu Bakar Ah, Jal Zabdi Mohd Yusoff, Khairiyah Md. Shahid, Noralina Omar, & Zaiton Azman. (2024). PENGANGGURAN DALAM KALANGAN BEKAS BANDUAN SEBAGAI FAKTOR PERAMAL KEPADA PENGULANGAN JENAYAH DI MALAYSIA: KAJIAN KES KE ATAS BEKAS BANDUAN DI JALAN CHOW KIT. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1919
Issue
Section
Articles