PARAMETER HISBAH DALAM KERANGKA PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: TINJAUAN TERHADAP PENCEGAHAN KESALAHAN JENAYAH KHALWAT

Authors

  • Alias Azhar Pusat Pengajian Undang-undang, (UUMCOLGIS) Universiti Utara Malaysia
  • Muhammad Hafiz Badarulzaman Pusat Pengajian Undang-undang, (UUMCOLGIS) Universiti Utara Malaysia
  • Mohammad Azam Hussain Pusat Pengajian Undang-undang, (UUMCOLGIS) Universiti Utara Malaysia
  • Fauziah Mohd Noor Pusat Pengajian Undang-undang, (UUMCOLGIS) Universiti Utara Malaysia

Abstract

Hisbah merupakan institusi yang terpenting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Pihak penguatkuasa adalah merupakan orang yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan keadilan ini. Peranan dan fungsi hisbah diberikan kepada jabatan penguatkuasaan sebagai contoh, Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Islam di negeri-negeri. Semasa menjalankan tugas, mereka memikul tanggungjawab yang berat kerana itu melibatkan hak Allah S.W.T dan hak manusia. Hisbah bermaksud pelaksanaan al-Amr bi al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Kajian ini berasaskan kepada konsep Hisbah dalam Syariah Islamiah yang bersifat umum dan meluas aspek menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kajian literatur dan kepustakaan telah dilakukan secara kondusif bagi menjelaskan prinsip hisbah, jenayah Syariah dan kesalahan khalwat. Selain itu, kajian deskriptif dan analisis kandungan bersifat tekstualiti dilakukan terhadap peruntukan undang-undang dan peraturan serta garis panduan berkaitan parameter pencegahan jenayah syariah negeri-negeri. Secara umum, Negara kita telah melaksanakan konsep hisbah dalam bentuk yang tersendiri tanpa penjenamaan sesebuah institusi secara khusus sebagai “institusi hisbahâ€. Hisbah perlu diinstitusikan secara realistik dan sistematik sebagai sebuah badan yang menjalankan tanggungjawab yang selari dengan konsep hisbah sebenar dan mampu menjadi rujukan alternatif sebagai pendekatan terbaik yang lebih efektif dalam prosedur penguatkuasaan dan tangkapan kes jenayah khalwat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Alias Azhar, Muhammad Hafiz Badarulzaman, Mohammad Azam Hussain, & Fauziah Mohd Noor. (2024). PARAMETER HISBAH DALAM KERANGKA PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: TINJAUAN TERHADAP PENCEGAHAN KESALAHAN JENAYAH KHALWAT . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1933