PENDEKATAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR DALAM KERANGKA HISBAH: AMALAN PENGUAT KUASA JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Authors

  • Alias Azhar Pusat Pengajian Undang-undang, (UUMCOLGIS) Universiti Utara Malaysia
  • Muhammad Hafiz Badarulzaman

Abstract

Artikel ini membincangkan pendekatan amar makruf dan nahi mungkar dalam kerangka Hisbah yang mengkhususkan kepada amalan penguat kuasa jenayah syariah di Malaysia. Kuasa ini diberikan kepada pegawai-pegawai penguat kuasa jenayah syariah di Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Bidangkuasa penguatkuasaan jenayah Syariah adalah tertakluk kepada bahagian penguatkuasa, jabatan agama Islam negeri-negeri. Penganalisaan data menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dan kaedah analisis hukum yang biasanya diguna pakai oleh kalangan fuqaha Islam di dalam membuat penilaian terhadap sesuatu konsep hukum yang dikeluarkan oleh seseorang fuqaha yang lain turut dijalankan. Usaha meneliti secara terperinci terhadap alasan, kaedah pemetikan hukum dan sumber rujukan yang digunakan dalam sesuatu karya yang dipilih. Dalam konteks kajian ini, penelitian khusus diberikan terhadap konsep dan pentafsiran hisbah dan muhtasib, amar makruf nahi mungkar dan peranan penguatkuasa jenayah syariah di Malaysia. Secara umumnya, bidangkuasa ini merupakan tanggungjawab hisbah secara umum. Prosedur dan modus operandi pihak berkuasa dalam mencegah jenayah syariah memenuhi kriteria amar makruf nahi mungkar dalam kerangka hisbah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Alias Azhar, & Muhammad Hafiz Badarulzaman. (2024). PENDEKATAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR DALAM KERANGKA HISBAH: AMALAN PENGUAT KUASA JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1934