JAMINAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM KERANGKA PERUNDANGAN KAWALAN HARGA BARANG PADA MUSIM PERAYAAN DI MALAYSIA
Abstract
: Kaedah kawalan harga merupakan isu utama yang sering ditimbulkan terutama ketika musim perayaan. Kaedah kawalan harga yang diamalkan di Malaysia ketika menjelang musim perayaan adalah merupakan usaha kerajaan yang prihatin terhadap rakyat yang tertekan ekoran kenaikan harga barang ketika tiba musim perayaan. Kajian menggunakan kaedah kajian perundangan sosial yang menggabungkan metod perpustakaan dan deskriptif fokus kepada analisis kandungan akta-akta dan peraturan berkaitan kawalan harga menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 dan memfokuskan kepada definisi barang kawalan, barang kawalan musim perayaan serta pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Malaysia. Kajian bertujuan mengkaji dan menilai peruntukan perundangan kawalan harga barang dalam konteks perlindungan pengguna daripada kenaikan harga barang khususnya pada musim perayaan. Malaysia merupakan antara banyak Negara di dunia yang mengamalkan sistem kawalan harga dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang bermula semenjak tahun 2000. di samping Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 merupakan undang-undang yang ditambah baik bagi membantu kerajaan menguatkuasakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini dengan lebih berkesan. Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilihat banyak membantu pengguna ketika tiba musim perayaan namun tindakan pemantauan perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan skim ini mencapai sasarannya. Kuat kuasa statut sedia ada dan peraturan-peraturan baru seperti Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP), Penandaan Khas Warna Merah Jambu dan Kaedah Penentuan Harga Maksimum membuktikan keprihatinan pihak kerajaan dalam memastikan kebajikan pengguna terjamin dalam isu kenaikan harga barang terutama musim perayaan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Alias bin Azhar, Azizul Rahman bin Sapahin, Yusramizza Binti Md Isa @ Yusuff, Nazli Binti Mahdzir, Nor Anita binti Abdullah, & Fathiyyah Binti Abu Bakar. (2024). JAMINAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM KERANGKA PERUNDANGAN KAWALAN HARGA BARANG PADA MUSIM PERAYAAN DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1940
Issue
Section
Articles