JAMINAN PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KERANGKA HAK ASASI KANAK-KANAK: AMALAN DI MALAYSIA

Authors

  • Alias Azhar Pusat Pengajian Undang-undang, UUMCOLGIS, 06010 Sintok, Kedah
  • Harlida Abdul Wahab Pusat Pengajian Undang-undang, UUMCOLGIS, 06010 Sintok, Kedah
  • Yusramizza Md Isa @Yusuff Pusat Pengajian Undang-undang, UUMCOLGIS, 06010 Sintok, Kedah
  • Ain Husna Mohd Arshad Pusat Pengajian Undang-undang, UUMCOLGIS, 06010 Sintok, Kedah

Abstract

Realiti yang perlu dihadapi apabila kanak-kanak di seluruh dunia berhadapan dengan penafian hak-hak asasi mereka. Hak-hak ini seperti hak untuk hidup, kebebasan, keselamatan individu, hak kepada perbicaraan yang adil, kebebasan berfikir dan beragama, hak kepada keselamatan sosial dan bekerja, hak kepada pendidikan. Kertas kerja hanya focus kepada hak jaminan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di Malaysia. Konvensyen Hak Kanak-Kanak (KHKK) 1989 merupakan satu perjanjian antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia telah menandatangani dan bersetuju serta melakukan reservasi terhadap beberapa peruntukan konvensyen ini pada tahun 1995. Konvensyen ini merupakan satu perjanjian yang mengikat negara ahli untuk memastikan undang-undang negara ahli yang berkaitan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dalam mematuhi semua peruntukan konvensyen ini, kecuali peruntukan yang telah direservasi. Kerajaan yang menerima pakai KHKK ini hendaklah mengambil langkah-langkah dalam bentuk perundangan pentadbiran yang sesuai untuk melaksanakan hak kanak-kanak yang dinyatakan di dalam KHKK. Justeru, kajian berbentuk kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelaksanaan peruntukan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak dalam kerangka hak asasi kanak-kanak amalan di Malaysia selari dengan peruntukan konvensyen tersebut atau pun sebaliknya. Pengumpulan data secara kajian perpustakaan dan lapangan telah digunakan melalui penganalisaan metod kualitatif deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada pelaksanaan peruntukan berkaitan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dalam Akta Kanak-kanak (2001) telah pun memenuhi kehendak KHKK. Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) turut menyumbang ke arah realisasi jaminan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Alias Azhar, Harlida Abdul Wahab, Yusramizza Md Isa @Yusuff, & Ain Husna Mohd Arshad. (2024). JAMINAN PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KERANGKA HAK ASASI KANAK-KANAK: AMALAN DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1941