WARGA EMAS DAN RUANG PENYELIDIKAN DALAM KERAJAAN TEMPATAN

Authors

  • Kamarudin Ngah Institute of Local Government Studies, School of Government, UUM
  • Kalthum Hj. Hassan Institute of Local Government Studies, School of Government, UUM
  • Jamaludin Mustaffa Institute of Local Government Studies, School of Government, UUM
  • Mohd Syahril Saad School of Government, UUM

Abstract

Pada masa kini kita sedang menyaksikan perubahan yang signifikan dalam fenomena peningkatan golongan Warga Emas, meliputi seluruh negara. Perubahan ini membawa impak yang besar ke atas keperluan penyelidikan yang yang secara relatifnya bersifat tradisional kepada pendekatan penyelidikan yang lebih dinamik, selaras dengan kedinamikan kerajaan tempatan, khususnya dalam berdepan dengan cabaran tuntutan dan keperluan Warga Emas. Untuk itu artikel ini disediakan untuk meneliti ulasan-ulasan karya para sarjana dalam bidang ini, khususnya menilai sumbangan-sumbangan penyelidikan terpilih. Hasil penemuan penelitian ini mendapati terdapat berbagai bentuk pendekatan penyelidikan telah dilakukan dan pelbagai konsep diketengahkan dalam konteks Warga Emas. Ternyata ianya menjadi agenda utama penyelidikan kepada ramai sarjana meliputi pelbagai rantau dan disiplin. Terdapat dimensi-dimensi baru dalam penyelidikan Warga Emas ini dan tidak hanya tertakluk kepada satu disiplin semata-mata. Berdasarkan pendekatan penyelidikan perpustakaan, data-data berasaskan sumber rujukan sekunder dikaji, dan hasilnya, dalam konteks Malaysia, kajian penyelidikan Warga Emas masih terbatas kepada bidang gerontologi, dengan fokus ke atas aspek demografi, kesihatan dan perkhidmatan penjagaan. Analisis menunjukkan, untuk masa depan, fokus penyelidikan perlu diberikan kepada dimensi baru berasaskan pendekatan ‘interdisciplinary’ dan holistic. Antaranya adalah aspek kajian kesedaran di kalangan kerajaan tempatan, kajian ke atas strategi rekabentuk ‘Age-Friendly Built Environment’, kajian ke atas Indikator ‘Liveable Communities and Ageing in Place’ dan sebagainya, khususnya dalam ruang penyelidikan kerajaan tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Kamarudin Ngah, Kalthum Hj. Hassan, Jamaludin Mustaffa, & Mohd Syahril Saad. (2024). WARGA EMAS DAN RUANG PENYELIDIKAN DALAM KERAJAAN TEMPATAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1942