GENEOLOGI ASAS KEDAULATAN DAN LEGITIMASI KERAJAAN KEDAH TRADISIONAL

Authors

  • Jazliza Jamaluddin

Abstract

Kerajaan Kedah adalah salah sebuah kerajaan Melayu tua dan terawal di rantau Asia Tenggara pada sekitar abad ke-2 M sehingga abad ke-14 M. Pembentukan Kerajaan Kedah adalah berasaskan kepada dua elemen penting iaitu kedaulatan dan legitimasi. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kedaulatan dan legitimasi dipengaruhi oleh elemen geneologi. Analisis terhadap ketiga elemen ini adalah berdasarkan premis dari para sarjana dan disusun mengikut pendekatan kronologi waktu dalam menghuraikan sistem penggantian raja di Kerajaan Kedah. Hasil kajian ini mendapati geneologi menjadi aspek yang mendasari dalam sistem penggantian raja di Kerajaan Kedah yang berpandukan kepada tiga ciri yang utama iaitu; signifikan putera sulung, mengenalpasti susurgalur bangsa dan di kalangan ahli pemerintah. Hal ini adalah untuk memastikan dalam pemerintahan, sistem penggantian raja berada pada satu aliran geneologi keturunan raja sahaja. Upacara kerajaan, adat istiadat dan keperibadian seseorang raja juga mengukuhkan lagi kedudukan kedaulatan dan legitimasi bersama-sama dengan geneologi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Jazliza Jamaluddin. (2024). GENEOLOGI ASAS KEDAULATAN DAN LEGITIMASI KERAJAAN KEDAH TRADISIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1943