HAK PENYIARAN LIGA BOLA SEPAK PROFESIONAL MALAYSIA MELALUI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG PERSAINGAN
Abstract
Hak penyiaran sukan merupakan tulang belakang kepada sumber pendapatan liga sukan profesional. Namun demikian, perjanjian penjualan hak penyiaran sukan yang mempunyai kesan antipersaingan akan menjejaskan kestabilan ekosistem liga sukan profesional yang sihat. Kesan antipersaingan yang wujud telah menjadi faktor kepada kegagalan mencapai elemen ‘keseimbangan persaingan’ antara kelab-kelab yang bertanding dan akhirnya turut gagal mewujudkan elemen ‘ketidakpastian’ dalam perlawanan liga sukan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kesan perjanjian penjualan hak penyiaran secara kolektif menurut perspektif Undang-undang Persaingan. Penyelidikan yang dijalankan merupakan penyelidikan sosio-perundangan yang berasaskan penyelidikan undang-undang dan penyelidikan sosial. Pendekatan sejarah, analitis dan kritis serta penilaian telah diguna pakai dalam penyelidikan ini dengan merujuk kepada Undang-undang Persaingan Eropah dan Malaysia serta kes-kes perundangan berkenaan isu persaingan dalam liga sukan. Analisis mendapati bahawa perjanjian penjualan hak penyiaran sukan secara kolektif pada asasnya memberi kesan antipersaingan dan bertentangan dengan semangat Akta Persaingan 2010, namun ianya dibenarkan kerana ianya mampu memberi sumbangan besar dari aspek kewangan. Oleh yang demikian, remedi khusus perlulah dibentuk demi mengatasi kesan antipersaingan yang wujud dan seterusnya menjadikan Liga Malaysia sebagai sebuah liga yang lebih kompetitif.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Wan Syazana Akmal Wan Roslan, & Jady @ Zaidi Hassim. (2024). HAK PENYIARAN LIGA BOLA SEPAK PROFESIONAL MALAYSIA MELALUI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG PERSAINGAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1950
Issue
Section
Articles