NILAI DAN KEFAHAMAN SEBAGAI MEDIUM TRANSFORMASI POLA PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA

Authors

  • Siti Shariyah Shaari Calon PhD, Jabatan Geografi, FSSK, UKM
  • Junaidi Awang Besar Pensyarah Kanan, Jabatan Geografi, FSSK, UKM
  • Mohd Fuad Mat Jali Dekan FSSK, UKM
  • Wardatul Aishah Musa Student Development Section,Universiti Kuala Lumpur (MIIT)

Abstract

Faktor pemilihan pengundi adalah elemen penting dalam rangka penentuan keputusan dalam pilihan raya. Menjelang pilihan raya umum ke-14, pola sokongan ke atas parti didasari oleh budaya politik semasa. Pengundi terdedah kepada ruangan media sosial yang cuba merakyatkan maklumat menerusi pemain politik maklumat siber. Wadah demokrasi yang terbuka luas ini boleh mengundang sentimen dan pertikaian kesahihannya. Sehubungan itu, kajian ini akan menghuraikan kepentingan dan tahap pengundi terhadap nilai dan kefahaman yang jelas dalam proses pengundian menjelang PRU-14. Kertas kerja ini menggunakan kajian kepustakaan yang menumpukan kepada nilai bukan kebendaan menerusi Teori Negara Ideal oleh pemikir Islam iaitu Al-Farabi dan Model Pendidikan Politik sebagai pra-syarat mencapai tahap politik matang dan kajian kuantitatif ke atas pengundi di negeri Kelantan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science. Dapatan kajian ini mencadangkan, nilai-nilai agama diterapkan lebih terperinci dalam semua lapangan dan pendidikan politik diterapkan kepada semua warganegara secara meluas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Siti Shariyah Shaari, Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, & Wardatul Aishah Musa. (2024). NILAI DAN KEFAHAMAN SEBAGAI MEDIUM TRANSFORMASI POLA PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1959