KAWALAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERSISIRAN PANTAI: SATU KAJIAN KE ATAS ISU-ISU KAWALAN PEMBANGUNAN DI PANTAI CHENANG, LANGKAWI
Abstract
Peraturan dan kawalan guna tanah bandar merupakan aspek terpenting dalam perancangan bandar dan kajian-kajian geografi penempatan dan geografi bandar. Ia merupakan suatu kaedah bagi mengawal dan merancang pembangunan kawasan supaya rancangan-rancangan pembangunan yang dibuat tidak meninggalkan kesan buruk kepada imej bandar, perkembangan bandar, penempatan manusia serta persekitaran. Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai pelan pembangunan bagi sesebuah kawasan pemajuan, samada di peringkat negeri, daerah mahupun kawasan-kawasan khas. Rancangan pemajuan ini terdiri daripada Rancangan Struktur Negeri (RSN) meliputi perancangan strategik bagi sesebuah negeri, Rancangan Tempatan Daerah (RTD) sebagai rancangan pembangunan sesebuah daerah dan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Pelan-pelan ini berfungsi untuk merancang, mengawal serta memandu arah pembangunan di dalam kawasan pemajuannya (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172). Kajian yang dijalankan ke atas kawasan pantai, Pantai Chenang, Langkawi, bertujuan menilai isu-isu berkaitan kawalan pembangunan yang semakin serius dan memberikan kesan negatif kepada penduduk dan persekitaran. Pendekatan kajian berasaskan prinsip ‘the spiraling research approach’, menggunakan kaedah penelitian ke atas sumber-sumber laporan rasmi/teknikal, pemerhatian serta interpretasi foto. Analisis menunjukkan antara isu-isu yang dikenal pasti adalah melibatkan ancaman kualiti ait laut dan biodiversiti, situasi ‘over capacity’, konflik guna tanah, keselamatan pelancong dan bangunan, eksploitasi kawasan pantai serta aksesibiliti dan sistem sirkulasi. Antara saranan yang dikemukakan melibatkan sistem aksesibiliti dan sirkulasi bersepadu, rawatan dan pemulihan kualiti air laut, pelan pembangunan kawasan persisiran pantai, agihan guna tanah, kawalan perancangan dan zon pembangunan reruang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Kamarudin Ngah, Zainal Md Zan, Mohd Fitri Abdul Rahman, Jamaludin Mustaffa, & Zaim Ahmad. (2024). KAWALAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERSISIRAN PANTAI: SATU KAJIAN KE ATAS ISU-ISU KAWALAN PEMBANGUNAN DI PANTAI CHENANG, LANGKAWI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1962
Issue
Section
Articles