YURAN DAN BANTUAN SEBAGAI ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA

Authors

  • Nurli Yaacob Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Nasri Naiimi Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  • Munirah Kasim Calon PhD, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Perkembangan perniagaan francais di Malaysia disokong oleh kerangka perundangan dan kerangka institusi yang wujud. Melalui peruntukan Akta Francais 1998, elemen asas dalam perniagaan francais dibentuk. Antaranya ialah pembayaran yuran dan bantuan yang diberikan oleh francaisor kepada francaisi. Kedua-dua elemen ini kadang kala tidak dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Oleh sebab itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan elemen asas berkaitan yuran dan bantuan dalam perniagaan francais beserta pandangan Islam secara ringkas mengenainya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perundangan yang disokong oleh temubual ke atas francaisor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peruntukan yang jelas wujud di dalam Akta Francais 1998 tentang yuran dan bantuan. Dapatan daripada temubual ke atas francaisor juga menunjukkan kesemua mereka patuh kepada peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nurli Yaacob, Nasri Naiimi, & Munirah Kasim. (2024). YURAN DAN BANTUAN SEBAGAI ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1967