HUKUMAN PENCEMARAN PERAIRAN DARATAN DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (EFLUEN PERINDUSTRIAN) 2009
Abstract
Pencemaran perairan daratan menjadi isu penting pada masa kini. Tambahan pula jika pecemaran ini dilakukan oleh organisasi perniagaan yang besar dan mampu membayar hukuman dalam bentuk wang. Terdapat kerangka perundangan yang mengawal selia berkenaan hukuman pencemaran perairan daratan ini iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga peraturan-peraturannya termasuk Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Oleh sebab itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan juga bentuk hukuman melalui kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan dengan pencemaran perairan daratan ke atas syarikat. Dapatan kajian menunjukkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, hukuman denda yang dijatuhkan oleh mahkamah adalah agak rendah dan peratusan kes yang dikenakan hukuman penjara adalah amat kecil.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nurli Yaacob, Harlida Abdul Wahab, & Haslinda Mohd Anuar. (2024). HUKUMAN PENCEMARAN PERAIRAN DARATAN DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (EFLUEN PERINDUSTRIAN) 2009. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1970
Issue
Section
Articles