LIABILITI PENJAGAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN: PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG DARI COMMON EMPLOYMENT KEPADA AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

Authors

  • Che Thalbi Md. Ismail School of Law, UUM College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Zaman kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada ketika dahulu menyebabkan penjagaan keselamatan dan sosial pekerja kurang dititikberatkan. Ini menjadikan persekitaran kerja yang merbahaya dan tidak sihat menjadi perkara yang biasa. Namun, di sebalik fenomena di atas, bibit-bibit perjuangan untuk mewujudkan satu sistem keselamatan dan kesihatan yang sempurna tetap wujud. Untuk menuntut gantirugi, pekerja mesti membuktikan kesalahan majikan yang menyebabkan kecederaan yang dialami. Elemen ini menyebabkan undang-undang ini lebih kelihatan mempunyai semangat yang sama dengan common law di Britain. Pemakaian common law ini tidak banyak membantu pihak pekerja dalam membuat tuntutan, bahkan tuntutan kesihatan juga hanya dianggap sebagai kes keselamatan lain yang tidak diberi platform tersendiri dibuat tuntutan. Doktrin ‘common employment’, kecuaian sertaan dan andaian kewujudan risiko amat kuat menguasai keputusan mahkamah dan banyak menyekat peluang pekerja untuk mendapatkan pampasan pada waktu ini. Oleh itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) telah meletakkan liabiliti ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab, terutama ke atas majikan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja. Selain itu, pekerja boleh memilih untuk membuat tuntutan di bawah tort majikan, atau pihak yang terlibat, didenda kerana melanggar liabiliti dalam akta.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Che Thalbi Md. Ismail. (2024). LIABILITI PENJAGAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN: PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG DARI COMMON EMPLOYMENT KEPADA AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1971