PEMBERI MAKLUMAT PEMBELOT NEGARA? KAJIAN KES
Abstract
Laporkanlah jika ada salahlaku, ianya perbuatan yang betul untuk dilakukan. Seorang pemberi maklumat boleh meletakkan keadilan ditempat yang sepatutnya. Jika tidak disebabkan maklumat yang diberikan, maka salahlaku akan terus terjadi dan ini mungkin akan memudaratkan lebih ramai orang, malah memudaratkan sesebuah negara jika salahlaku tersebut tidak dihentikan. Namun, seorang pemberi maklumat terpaksa menghadapi risiko yang tinggi termasuklah menggadai nyawa, kebebasan, keluarga, pekerjaan, malah menghadapi tohmahan daripada segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan pemberian maklumat tersebut. Ini ketara apabila maklumat yang didedahkan adalah rahsia sulit kerajaan. Kajian kes yang dibuat ke atas dua pemberi maklumat iaitu Edward Snowden dan Helve Falciani mendapati mereka terpaksa melarikan diri memohon suaka dari negara lain bagi mengelak dari didakwa dan dihukum di negara yang maklumat rahsianya mereka dedahkan. Walaupun maklumat rahsia tersebut adalah bertentangan dengan demokrasi dan undang-undang di negara tersebut atau undang-undang antarabangsa. Menggunakan kaedah penyelidikan perundangan yang berbentuk kajian kes di mana beberapa perbandingan dibuat antara kes-kes pemberi maklumat tersebut, maka didapati terdapat persamaan dan perbezaan antara kesan yang dihadapi oleh pemberi-pemberi maklumat tersebut. Antara kesannya adalah segolongan masyarakat menganggap mereka sebagai hero kerana berani menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh negara. Sebahagiannya pula mengganggap mereka sebagai pembelot negara yang membocorkan rahsia dan mengabaikan kepentingan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Azlin Namili Mohd. Ali @ Ramli, Aspalella Abdul Rahman, & Nurli Yaacob. (2024). PEMBERI MAKLUMAT PEMBELOT NEGARA? KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1977
Issue
Section
Articles