HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
Abstract
Malaysia adalah negara yang terdiri dari berbilang kaum, bangsa dan agama. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan menganuti dan mengamalkan agama bagi semua warganegara di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ada sedikit perbezaan dari segi kebebasan memilih agama anutan di mana bagi orang Islam, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menukar agama. Sekiranya ingin keluar Islam, mereka harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan. Kekeliruan timbul di mana dari segi perundangan yang ada, tidak semua negeri yang memperuntukkan prosedur jelas untuk keluar Islam manakala hukuman atas dasar menghina Islam menanti mereka yang keluar Islam di negeri-negeri lain yang mana tiada peruntukan jelas. Dari sudut agama pula wujud perbezaan dari segi penerimaan untuk keluar atau masuk agama berkenaan. Kertas kerja ini meneliti aspek hak untuk menukar agama dari perspektif empat agama yang mempunyai ramai penganut di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Dapatan menunjukkan bahawa memilih agama lain adalah merupakan dosa besar dalam ajaran agama Islam. Bagi agama Kristian pula memilih agama lain merupakan dosa yang akan dihukum di hari Pembalasan manakala bagi agama Hindu dan Buddha tiada memperuntukkan halangan bagi memilih agama lain.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Rohizan Halim, Rusniah Ahmad, Rohana Abdul Rahman, & Fariza Romli. (2024). HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1979
Issue
Section
Articles