PENGLIBATAN RASUAH DI KALANGAN AGENSI PENGUATKUASAAN KERAJAAN: SATU ANALISIS LAPORAN BERITA TEMPATAN

Authors

  • Ahmad Nasyran Azrae Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Haji Hairuddin Megat Latif Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Khadijah Mohamed Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM

Abstract

Amalan rasuah melibatkan penjawat awam, khususnya dikalangan agensi penguatkuasa kerajaan, sering mendapat liputan meluas laporan berita tempatan kerana urusan mereka melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan. Agensi penguatkuasa kerajaan yang sering terpalit dengan gejala rasuah ialah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Kertas kerja ini menganalisis penglibatan tiga agensi penguatkuasaan kerajaan yang utama, iaitu PDRM, JIM dan JKDM, di dalam gejala rasuah seperti yang dilaporkan di dalam berita tempatan melibatkan penahanan, penangkapan, pendakwaan dan sabitan kes rasuah di kalangan anggota PDRM, JIM, dan JKDM di sepanjang tahun 2017 sehingga Jun 2018. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa kes tangkapan, penahanan serta pendakwaan bagi kesalahan rasuah melibatkan agensi penguatkuasa kerajaan berlaku hampir setiap bulan di sepanjang tahun, seperti yang dilaporkan berita tempatan. Ia melibatkan nilai sogokkan yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada nilai suapan jutaan ringgit, dan dari anggota bawahan sehinggalah pegawai kanan jabatan terbabit.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ahmad Nasyran Azrae, Haji Hairuddin Megat Latif, & Khadijah Mohamed. (2024). PENGLIBATAN RASUAH DI KALANGAN AGENSI PENGUATKUASAAN KERAJAAN: SATU ANALISIS LAPORAN BERITA TEMPATAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1980