RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Mohammad Azam Hussain Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Haji Hairuddin Megat Latif Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Mohd. Zakhiri Md. Nor Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan
  • Md. Rejab Md. Desa Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Al-Hanisham Mohd Khalid Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Muhammad Azri Mohd Akhir Pembantu Penyelidik Siswazah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Empat mazhab utama yang diiktiraf dalam Islam dalam memahami undang-undang Syariah adalah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Di Malaysia, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah merupakan agama Persekutuan tanpa menghuraikan dengan lebih lanjut aspek mazhab yang perlu diikuti oleh umat Islam di negara ini. Bagi majoriti umat Islam di Malaysia, mazhab Syafie adalah merupakan rujukan dan pegangan dalam amalan seharian. Persoalan yang timbul, apakah kedudukan undang-undang berkaitan rujukan kepada mazhab dalam ketetapan fatwa di negeri-negeri di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, artikel ini mengkaji peruntukan-peruntukan undang-undang di negeri-negeri di Malaysia dalam mengawalselia urusan fatwa. Kajian ini mendapati bahawa, majoriti undang-undang yang mengawalselia urusan fatwa di negeri-negeri di Malaysia, telah menetapkan bahawa rujukan kepada pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mazhab Syafie adalah merupakan keutamaan dalam penetapan hukum Syarak. Namun begitu, sekiranya pandangan diterima (qaul muktamad) itu berlawanan dengan kepentingan awam, maka rujukan kepada pandangan diterima (qaul muktamad) dalam mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dijadikan rujukan. Kajian juga mendapati bahawa hanya negeri Perlis yang menetapkan rujukan kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam penetapan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohammad Azam Hussain, Haji Hairuddin Megat Latif, Mohd. Zakhiri Md. Nor, Md. Rejab Md. Desa, Al-Hanisham Mohd Khalid, & Muhammad Azri Mohd Akhir. (2024). RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1981