BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG-UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Authors

  • Rohana Abdul Rahman Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Fariza Romli Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti
  • Rohizan Halim Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM
  • Rusniah Ahmad Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti

Abstract

Penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia tertakluk kepada badan perundangan negeri masing-masing yang menghasilkan peruntukan perundangan yang tidak selaras. Terdapat negeri yang memperuntukkan mengenai prosedur keluar Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengisytiharkan status agama individu, manakala ada negeri yang memperuntukkan keluar Islam sebagai satu kesalahan jenayah menghina agama. Objektif kertas kerja ini ialah mengkaji peruntukan Enakmen Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berkenaan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam isu permohonan keluar Islam. Kaedah penyelidikan secara pendekatan perbandingan dibuat ke atas isi kandungan Enakmen Syariah sedia ada di ketiga-tiga negeri tersebut. Kertas kerja ini mendapati peruntukan undang-undang yang lebih jelas di Negeri Sembilan berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah berhubung isu keluar Islam berbanding peruntukan yang terdapat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Negeri Sembilan menggariskan prosedur permohonan keluar Islam. Adalah ditegaskan juga bahawa Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang Islam sahaja dan tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Rohana Abdul Rahman, Fariza Romli, Rohizan Halim, & Rusniah Ahmad. (2024). BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG-UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1983