PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DALAM JANGKITAN HIV/AIDS SECARA SEKSUAL DI UNITED KINGDOM: SUATU CABARAN

Authors

  • Marina Hj Hashim School of Law, UUM Collage of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia
  • Asmar Abdul Rahim School of Law, UUM Collage of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia
  • Mazita Mohamed School of Law, UUM Collage of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia

Abstract

United Kingdom telah menggunapakai undang-undang jenayah bagi menangani isu jangkitan HIV/AIDS secara seksual yang dilakukan dengan niat dan gopoh. Penggunaan undang-undang jenayah ini telah mengundang beberapa isu dari segi pembuktian. Justeru itu, objektif utama artikel ini ialah untuk membincangkan latar belakang penggunaan undang-undang jenayah dalam preventasi kelakuan yang merebakkan HIV/AIDS secara seksual dan juga cabaran dari segi pembuktian bahawa telah berlakunya jangkitan HIV/AIDS. Bagi penulisan artikel yang berbentuk konsepsual ini kajian perpustakaan telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan, bagi menangani isu rebakkan HIV/AIDS secara seksual di United Kingdom, Offences Against Person Act (OAPA) 1861 telah digunapakai. Justeru itu, tidak wujud satu akta yang spesifik bagi rebakkan HIV/AIDS secara seksual. Bagi membuktikan telah berlaku jangkitan HIV terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pihak pendakwaan. Antara cabaran yang timbul ialah dari segi pembuktian mens rea, kecederaan, jangkitan atau penyebab, kematian mana-mana pihak sebelum kes selesai dan kerelaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Marina Hj Hashim, Asmar Abdul Rahim, & Mazita Mohamed. (2024). PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DALAM JANGKITAN HIV/AIDS SECARA SEKSUAL DI UNITED KINGDOM: SUATU CABARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1984