HIBAH SEBAGAI AKAD ALTERNATIF DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA: REALITI ATAU MITOS?
Abstract
Francais ialah salah satu kaedah pemasaran barangan atau perkhidmatan. Francaisor yang mempunyai format perniagaan yang lengkap boleh menjual perniagaan tersebut kepada francaisi bagi tempoh tertentu dengan bayaran yang ditetapkan. Namun, kontrak francais yang wujud pada masa kini adalah mengikut bentuk atau ciri yang tertakluk kepada Akta Francais 1998. Usahawan Islam yang menjalankan perniagaan francais di Malaysia perlu mempunyai alternatif dalam pembentukan kontrak ini contohnya melalui akad musyarakah, mudharabah, ijarah atau pun hibah. Oleh sebab itu objektif artikel ini ialah untuk membincangkan akad hibah sebagai salah satu akad alternatif yang bersesuaian untuk diamalkan dalam perniagaan francais di Malaysia. Kajian ini bersifat kualitatif yang melibatkan kajian falsafah dan pandangan-pandangan dalam akademik secara sistematik. Oleh itu, kajian ini bukanlah kajian impirikal sebaliknya bersifat kajian perpustakaan. Hasil penilaian mendapati akad hibah dalam perniagaan francais boleh berlaku apabila seseorang francaisor menghibahkan format beserta sistem perniagaan francaisnya yang lengkap kepada francaisi tanpa sebarang imbalan kewangan sepertimana yang berlaku dalam sistem francais konvensional pada masa kini. Bagi melaksanakan akad hibah ini beberapa perkara penting perlu wujud iaitu kesedaran kendiri untuk berihsan; penyediaan modul yang sistematik; harapan untuk melakukan amalan soleh yang bertujuan untuk kepentingan akhirat; komitmen dalam menjayakan hibah; keperluan pengawalan; kestabilan dalam sesuatu perniagaan francais; dan penawaran terpilih.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nasri Naiimi, Nurli Yaacob, & Munirah Kasim. (2024). HIBAH SEBAGAI AKAD ALTERNATIF DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA: REALITI ATAU MITOS?. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1993
Issue
Section
Articles